MENOLAK HADIS NAMUN BERDALIL DENGAN WHO DAN KITA PUN IKUT KERANA KONONNYA TAAT ULUL AMRI
Di Zaman Rasulullah s.a.w pernah ada Seorang Tabib yang beragama Nasrani yang diutuskan Mauquqis(Raja Mesir) untuk merawat orang islam, Namun khidmatnya ditolak kerana beliau tidak menemukan seorang pun orang islam yang sakit(yakni kerana rata-rata para sahabat mengamalkan pemakanan dan perubatan serta gaya hidup sihat secara sunnah). Puas dia mencari namun dia tidak menemukan seorang pun orang islam yang sakit dan ketika itu orang islam lebih sukakan merawat penyakit sebagaimana dianjurkan oleh baginda s.a.w sebagaimana mafhum sabdaan nabi bahawa Rasulullah melarang mereka berubat luka menggunakan besi yang dipanaskan lalu diletakkan ditempat yang terluka sepertimana yang dilakukan oleh orang kafir.. Setelah itu tabib tersebut pergi berjumpa Rasulullah dan menanyakan hal tersebut dalam kehairanannya. Lalu Rasulullah bersabda mafhumnya didalam Riwayat Imam Abu Daud, نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lap...