MENOLAK HADIS NAMUN BERDALIL DENGAN WHO DAN KITA PUN IKUT KERANA KONONNYA TAAT ULUL AMRI
Di Zaman Rasulullah s.a.w pernah ada Seorang Tabib yang beragama Nasrani yang diutuskan Mauquqis(Raja Mesir) untuk merawat orang islam, Namun khidmatnya ditolak kerana beliau tidak menemukan seorang pun orang islam yang sakit(yakni kerana rata-rata para sahabat mengamalkan pemakanan dan perubatan serta gaya hidup sihat secara sunnah).
Puas dia mencari namun dia tidak menemukan seorang pun orang islam yang sakit dan ketika itu orang islam lebih sukakan merawat penyakit sebagaimana dianjurkan oleh baginda s.a.w sebagaimana mafhum sabdaan nabi bahawa Rasulullah melarang mereka berubat luka menggunakan besi yang dipanaskan lalu diletakkan ditempat yang terluka sepertimana yang dilakukan oleh orang kafir.. Setelah itu tabib tersebut pergi berjumpa Rasulullah dan menanyakan hal tersebut dalam kehairanannya. Lalu Rasulullah bersabda mafhumnya didalam Riwayat Imam Abu Daud,
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang“(yakni kerana disebabkan itulah mereka jarang diserang penyakit)
Hadits ini dhaif, akan tetapi maknanya benar.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata,
هذا المعنى صحيح لكن السند فيه ضعيف. [يراجع في زاد المعاد والبداية لابن كثير]. وهذا ينفع الإنسان إذا كان يأكل على جوع أو حاجة، وإذا أكل لا يسرف في الأكل ، ويشبع الشبع الزائد، أما الشبع الذي لا يضر فلا بأس به
“Maknanya benar, namun sanadnya dha’if, silakan merujuk ke kitab Zaadul Ma’ad dan Al Bidayah Wan Nihayah.
Demi sesungguhnya, Ulamak yang memuja wang adalah Ulamak yang menyesatkan Ummat, sebagaimana mafhum sabdaan Nabi s.a.w
"Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, dimana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
Begitu juga pada riwayat ini mafhum sabdaannya
"Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad)"
dan pada ketika itu ramai orang muda menyebut dalil agama, Rasulullah s.a.w. telah bersabda dan mafhumnya: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan Muslim)"
Mungkinkah mereka ini adalah golongan yang suka membidas ulamak terdahulu? Hermmm
Begitu juga seperti yang kita dapat lihat sekarang ini banyak orang-orang bukan Islam yang menggunakan hujjah-hujjah dari Al-quran dan Al-Hadis yang mana mereka memberi pandangan menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.
Berwaspadalah dan berhati-hatilah kerana sesungguhnya mafhum firman Allah telah menjelaskan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)
Tentang sebab turunnya ayat di atas, Ibnu Abbas menjelaskan, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat karena dikhawatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda dan mafhumnya : “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”;- (Riwayat Muslim).
Dan begitulah mereka yang terleka dan tidak mahu menerima petunjuk akan dilalaikan dengan fitnah sebagaimana sabdaan daripada mafhum hadis nabi s.a.w
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khomr (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi” – (Riwayat Ibnu Majah). Wallahualam
P/s: jangan lupa kongsikan kebaikan.
Comments
Post a Comment