NIKMAT BERKAHWIN
"Yangg... bangun Tahajud nak?"
lembut ajakkannya.
Beginilah rutin saya suami isteri setiap hari kecuali masa periodnya. "Mengejutkan isteri bangun Tahajud atau dia mengejutkan saya untuk bertahajud" . Kadangkala saya cakap nak minum air buah. Punyalah seronok dia nak blend buah. Dia dah tanak nasi siap-siap. Dari jauh saya nampak dia sendukkan nasi ke pinggan saya dan hidangkan di atas meja dia happy sahaja.
"Nak I gorengkan telur untuk Ayang tak?"
dia tanya.
"Nak!"
"Ayang nak telur dadar ke telur mata?"
dia tanya.
"Telur mata!"
semangat saya jawab sambil ketawa kecil tengok isteri dengan sudip yang siap sedia di tangan kanannya.
Siap!
Dulu sebelum kahwin, sebelum Allah temukan saya dengan isteri, setiap hari saya minta dekat Allah supaya dijodohkan dengan isteri yang baik dan memahami. Saya tak minta dekat Allah nak jodoh perkahwinan dengan seorang wanita solehah dan berpurdah tapi saya minta jodoh yang Baik dari Allah sebab saya rasa saya tak layak untuk jadi seorang suami untuk wanita seperti itu. Saya sedar diri saya. Saya tak pernah lupa diri.
Benarlah bagai dikata;
Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
"Benarlah disetiap pertemuan ada ujian yang Allah bagi. Untuk memahami hati wanita memang sulit dan nak mendapatkan dia pun kena menunggu lama jugak. Ini ujian yang Allah bagi. Orang lain takkan faham kerana setiap perjalanan orang berbeza. Ada mungkin nampak sama tapi realitinya kita sendiri rasa. Mulanya saya nak yang berpurdah dan dari aliran madrasah namun dapat orang awam tapi tak mengapalah yang penting saya dah nekad nak dididik dia sehingga reti semua bab agama dan sememangnya itulah tanggungjawab saya selain mencari nafkah untuk keluarga..
Reaksi dia semasa mula-mula jumpa, dia ingat saya ni jenis straight kerana muka siyes selalu.. Tapi lepas kahwin saya tunjukkan perangai pemalu.. Ye memang saya jenis pemalu dengan perempuan kecuali yang taraf akak-akak dan makcik-makcik saya memang ramah.. Maaf yang lain saya takleh citer sebab privasi..
Dan saya nasihatkan semua pengantin baru yang sedang baca..Tak semua romantis kita kena diceritakan pada orang lain, nanti hilang rasa hati yang sedang berbunga akibat disihir orang atau penyakit ain.. Tak semua orang suka apa yang kita tonjolkan..bahkan sebenarnya itu adalah satu kebodohan.. Kerana mungkin orang yang sedang meminati pasangan kita selama ini sedang panas hati dengan keadaan yang sedang kita pertonjolkan.boleh jadi mereka sanggup buat apa sahaja untuk merosakkan mahligai perkahwinan yang kita bina.. Jadi sesiapa yang berniat untuk mengetahui lebih cerita saya lebih jauh bolehla pm untuk jadi bini kedua senang sikit saya nak cerita. .hehehe
Berangan ginilah yang menyebabkan saya kena cubit.. Tapi tuulah gurauan seorang laki, harap janganlah ambil hati dan Itulah fakta lelaki suka cerita bab poligami tapi sebenarnya tak berani.. Kepada sang isteri yang sedang baca penulisan saya ni terima kasih kerana sudi menjadi isteri.. 😅
"setiap kepahitan diakhiri kemanisan"
Comments
Post a Comment