INI SEBABNYA KENAPA GEJALA MENGHINA AGAMA ISLAM BERTAMBAH

Keadaan dan kelemahan pada pegangan orang-orang islam terhadap agama semakin merisaukan pada saat ketika ini. Seperti yang kita dapat lihat keadaan pengimarahan Masjid/Surau setelah endemik COVID-19 semakin sepi...setelah dua tahun ummat islam tidak dibenarkan untuk ke Masjid..jika ada pun hanya dengan kuota secara minimum. Ahli Masjid berkurang???? Jadi apa kaitan berkurangnya ahli masjid dengan gejala menghina Islam? Baik,Marilah kita merenungi akan sabdaan nabi yang mafhumnya عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت النبي صلَّى الله عليه وسلَّم يقول : بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ ، وَ إِقَامِ الصَّلَاةِ ، وَ إِيْتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَ حَجِّ الْبَيْتِ ، وَ صَوْمِ رَمَضَانَ .رواه البخاري و مسلم . Dari Abdullah bin ‘Umar bin Khattab ra. katanya, “Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda, ‘Islam dibangun di atas lima perkara penyaksian bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali A...