INI SEBABNYA KENAPA GEJALA MENGHINA AGAMA ISLAM BERTAMBAH




Keadaan dan kelemahan pada pegangan orang-orang islam terhadap agama semakin merisaukan pada saat ketika ini.

Seperti yang kita dapat lihat keadaan pengimarahan Masjid/Surau setelah endemik COVID-19 semakin sepi...setelah dua tahun ummat islam tidak dibenarkan untuk ke Masjid..jika ada pun hanya dengan kuota secara minimum.


Ahli Masjid berkurang????


Jadi apa kaitan berkurangnya ahli masjid dengan gejala menghina Islam?


Baik,Marilah kita merenungi akan sabdaan nabi yang mafhumnya


عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت النبي صلَّى الله عليه وسلَّم يقول : بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ ، وَ إِقَامِ الصَّلَاةِ ، وَ إِيْتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَ حَجِّ الْبَيْتِ ، وَ صَوْمِ رَمَضَانَ .رواه البخاري و مسلم .


Dari Abdullah bin ‘Umar bin Khattab ra. katanya, “Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda,

‘Islam dibangun di atas lima perkara penyaksian bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan’”.

(Bukhari dan Muslim)


Hadis ini menerangkan rukun lslam (atau prinsip asas Islam) lima perkara. Ianya mengumpamakan Agama lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak di atas lima tiang yang kukuh. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni menunjukkan betapa semua rukun atau tiang ini mesti dibinakan pada diri setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.


Menegakkan rukun-rukun lslam bermakna menyediakan asas yang kuat untuk kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam, sebaliknya mengabaikan rukun-rukun ini (atau mengabaikan salah satu daripadanya) bererti menempah keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan binaan lslam.


Solat berjemaah adalah salah satunya daripada tunjang agama yang dianggap penting dalam pembinaan sahsiah diri seseorang mukmin dan menjadi lambang perpaduan ummat islam.


Pernah saya mendengar ucapan kalam daripada Habib Umar AL-HAFIZ yang pada ketika itu mengulas tentang isu penghinaan kepada Rasulullah...beliau mengatakan bahawa "pada hari ini orang-orang kafir menghina,mengatakan yang buruk-buruk kepada Rasulullah adalah disebabkan keadaan orang-orang Islam pada ketika ini sudah tidak mengambil berat tentang sunnah-sunnah nabi,mereka meninggalkan amalan agama,yang kerana itu menyebabkan orang-orang kafir berani menghina agama mereka dan menghina nabi mereka..


Persoalan mengapa agama kini dihina ada jawapannya pada kita....


Kerana kelalaian kita menjaga agama dengan menunaikan rukun islam dengan sempurnalah yang menyebabkan kehancuran kita...


Marilah kita renungi akan bait kata Hang Tuah

"Takkan Melayu Hilang didunia selagi Beramal dengan Ajaran Islam".


Selagi kita berpegang teguh dengan ajaran islam....selagi itulah orang-orang kafir tidak akan berani menyentuh sensitiviti ummat Islam. Bersatulah dan beramal lah dengan Al-Quran dan solatlah ditempat azan di azankan...kerana itulah sumber kekuatan orang islam yang cuba dihancurkan oleh musuh Allah.. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS