KECEWA KAHWIN BERTAHUN-TAHUN TAPI BELUM DAPAT ANAK

 



Ada Pasangan bercerita dia dan suami sudah lapan tahun berkahwin...lama menunggu zuriat tak dapat-dapat..sudah habis puluhan ribu dihabiskan untuk ikhtiar dengan pelbagai rawatan tradisional dan moden..namun tetap tak dapat..dapat...


Sehinggalah suatu hari dia singgah di sebuah masjid untuk solat asar...masa tu orang dah habis solat...dia bermusafir kerana sebuah urusan...saat dia mahu naik ke ruang solat terlihat ada seorang perempuan tua yang sedang cuba menghabiskan wirid-wiridnya..


Dia cuba untuk tidak melengahkan masa terus solat..selesai solat, Perempuan tua itu menghampirinya lalu bertanya


"Anak ni Makcik tak pernah tengok sebelum ni dekat sini.

datang daripada mana?


Dia pun cakap dia sebenarnya Misi bidan baru dekat kampung ni..baru je pindah sini..


Makcik tadi menambah minatnya lagi lalu bertanya lagi..

"Anak ni dah bersuami ke?


Dia pun jawab "dah makcik, lapan tahun..tapi belum rezeki dapat anak lagi..


Makcik tu terus cakap "takpelah itu kan takdir Allah..jika dia berkehendak pasti diberi..tapi elok jugak kalau takda anak takut kita ni tak mampu nak tunai amanah Allah...

zaman sekarang ni... budak-budak banyak yang tidak di didik dengan agama..baru boleh berjalan sudah di ajar berjoget...suruh belajar menyanyi..bila dah besar buat perangai bukan-bukan...tu sebab masa kecil didedah pada budaya barat..bukannya ajaran Nabi...

Tanggungjawab nak jadi Ibu-bapa ni cukup berat..bukan untuk besarkan sahaja..tapi didik mereka untuk kenal Allah kenal Rasulullah...

Di Akhir Zaman ni banyak fitnah terjadi...

Jadi janganlah sedih kalau belum dapat anak..yang patut kita sedih...bila kita dah dapat anak kita tak mampu nak didik dengan cara agama...


Mendengar hal itu dia tak terkata apa-apa...

dia mendengar dan mendengar dengan penuh khusyuk nasihat dari seorang perempuan tua..lalu dia berfikir dalam hatinya dengan Husnuzon(sangkaan baik) "mungkin aku belum bersedia untuk jadi seorang ibu lagi dan banyak lagi aku perlu persiapan diri sebelum jadi seorang ibu...


P/s : Kadang-kadang Allah lambatkan doa kita diterima....bukan sebab Allah itu kedekut dengan kita...akan tetapi dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita...


Kita cuma boleh usaha, ikhtiar dan tawakkal sahaja.. selebihnya biarlah dia yang menentukan yang terbaik buat kita.. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS