Posts

Showing posts from April, 2024

TIDAK JADI DIBUNUH KERANA SERING SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Image
  Kezaliman Hajjaz bin Yusuf As-Tsaqafi amat terkenal dalam sejarah Islam khususnya kisah kepungan dan serangan terhadap Makkah hingga merosakkan Kaabah. Ini kerana al-Hajjaj diperintahkan oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan selepas sahabat RA, Abdullah ibnu Zubair RA mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Makkah pada 64 Hijrah. Beliau juga tidak segan untuk membunuh sesiapa yang menghalang dan menentangnya walaupun ianya daripada kalangan para sahabat ataupun dikalangan para ulama tabiin. Ramai dikalangan Para Ulamak yang menentangnya lansung di bunuh. Namun, terdapat suatu kejadian aneh dilakukan oleh Hajjaj kepada musuhnya iaitu beliau akan menanyakan orang ramai sebelum menangkap dan membunuh lawannya bahawa dimanakah si fulan itu bersolat Subuh? jika didapati oleh orang ramai bahawa si fulan yang menjadi musuhnya tidak kelihatan bersolat subuh di Masjid secara berjemaah maka tindakan bunuh akan dilakukannya. Para pembesar sekelilingnya kehairanan dengan tindakan dirinya..m...

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

Image
Suatu hari ketika Rasulullah sedang melayani puteri kesayangannya, Fatimah. Baginda bersabda, “Wahai anakandaku! Ketahuilah olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu.” Mendengar kata-kata ayahandanya, serta- merta berubahlah air muka Fatimah. Lalu dia bertanya kepada baginda sambil menangis, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, bagaimana keadaannya dan bagaimana pula amal ibadahnya sehingga dia terlebih dahulu masuk syurga daripada anakanda? Khabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu berjumpa dengannya.”  Lalu Rasulullah menjelaskan, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pendalaman berdekatan Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi'ah.” Tanpa membuang masa, setelah mendapat keizinan dari ayahandanya, Fatimah pun terus keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah itu. Setelah bertanya kepada penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan men...