TIDAK JADI DIBUNUH KERANA SERING SOLAT SUBUH BERJEMAAH

 


Kezaliman Hajjaz bin Yusuf As-Tsaqafi amat terkenal dalam sejarah Islam khususnya kisah kepungan dan serangan terhadap Makkah hingga merosakkan Kaabah.

Ini kerana al-Hajjaj diperintahkan oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan selepas sahabat RA, Abdullah ibnu Zubair RA mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Makkah pada 64 Hijrah.

Beliau juga tidak segan untuk membunuh sesiapa yang menghalang dan menentangnya walaupun ianya daripada kalangan para sahabat ataupun dikalangan para ulama tabiin.

Ramai dikalangan Para Ulamak yang menentangnya lansung di bunuh.

Namun, terdapat suatu kejadian aneh dilakukan oleh Hajjaj kepada musuhnya iaitu beliau akan menanyakan orang ramai sebelum menangkap dan membunuh lawannya bahawa dimanakah si fulan itu bersolat Subuh? jika didapati oleh orang ramai bahawa si fulan yang menjadi musuhnya tidak kelihatan bersolat subuh di Masjid secara berjemaah maka tindakan bunuh akan dilakukannya.

Para pembesar sekelilingnya kehairanan dengan tindakan dirinya..mengapa tidak dibunuh sahaja orang yang terang-terangan menentangnya dan sebaliknya bertanya terlebih dahulu dimanakah lawannya itu bersolat subuh?

Lalu menjawab, sesungguhnya aku pernah mendengar sebuah hadis yang mafhumnya

Jundab bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ، فَلَا يَطْلُبَنَّكُمُ اللهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ، فَإِنَّهُ مَنْ يَطْلُبْهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ يُدْرِكْهُ، ثُمَّ يَكُبَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu. Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan). Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka.”

Riwayat Muslim (657)

Tafsiran: Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Muhammad al-Amin al-Harari. (Rujuk al-Kawkab al-Wahhaj Syarh Sahih Muslim, 9/108)

Secara umumnya hadis ini menceritakan berkenaan kelebihan solat subuh iaitu sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah SWT. Maka, tidak ada sesiapa yang boleh memberi ancaman dan kecelakaan kepadanya.

Oleh itu, Syeikh Abu al-Abbas al-Qurtubi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyebutkan bahawa:

وقوله من صلّى الصبح فهو في ذمّة الله؛ أي في أمان الله وفي جواره، أي قد استجار بالله تعالى والله تعالى قد أجاره، فلا ينبغي لأحد أن يتعرض له بضر أو أذى، فمن فعل ذلك فالله يطلب بحقه، ومن يطلبه لم يجد مفرًّا ولا ملجأ، وهذا وعيد شديد لمن يتعرض للمصلين وترغيب في حضور صلاة الصبح، ويكبه في النار يقلبه فيها على وجهه

Maksudnya: Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia dalam perlindungan Allah”. Perkara ini bermaksud dia berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah. Maka tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya. Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam), maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut) dan sesiapa yang dituntut oleh Allah, tidak ada jalan keluar dan tempat lari (untuk pelaku itu). Ini merupakan janji yang pedih bagi sesiapa yang mengancam/memerangi orang yang mengerjakan solat, serta galakan untuk hadir mengerjakan solat subuh. Allah akan melontarnya (pelaku itu) dan membalikkannya ke dalam neraka.

(Rujuk al-Mufhim lima Asykala min Talkhis Kitab Muslim, 2/282)

Dalam Hadis ini mengkhabarkan berkenaan kelebihan solat subuh iaitu sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan Allah SWT. Maka tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya. Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam), maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut) dan sesiapa yang dituntut oleh Allah, tidak ada jalan keluar dan tempat lari (untuk pelaku itu).

Keterangan : Dizaman para sahabat dan tabiin orang yang solat berjemaah di Masjid adalah dikira orang menjaga solat.. orang yang tidak menjaga solat berjemaah di Masjid adalah orang yang tidak menjaga solat..yakni belum terjamin berada dikalangan orang yang solat.

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS