Posts

Showing posts from February, 2021

BENARKAH KESEMUA WANITA AKAN MASUK NERAKA?

Image
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ، تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الِاسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ : وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرُ أَهْلِ النَّارِ ؟ قَالَ : تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ Mafhumnya : “Wahai sekelian kaum perempuan hendaklah kamu bersedekah dan banyakkan istighfar. Maka sungguhnya aku lihat kebanyakkan kamu adalah penghuni neraka. Maka berkata kaum perempuan tersebut : Dengan sebab apa wahai Rasulullah kami ramai masuk neraka? Jawab baginda : Sebab kamu suka mencela dan mengkufuri nikmat hidup.” (Hadith Muslim) Nak tafsir hadis jangan terjemah dengan hanya semata-mata mengetahui makna.. Ilmu bahasa arab pun perlu dititik berat juga.. Hadis ini diriwayatkan oleh sahabah wanita yang bernama zainab al-ansori yang meminta nabi memberi nasihat kepada kaum wanita.. Apakah yang boleh difahami daripada hadis ini adalah pada perkataan "kebanyakkan(اكثر)" itu bukan bermaknanya kesemua(كل...

ANTARA HATI DAN PERASAAN

Image
 Hati ni macam rumah kekadang ada yang datang untuk singgah, kekadang ada yang datang untuk menetap, kena tengok atas niat tetamu tulahh. Allah temukan kita dengan seseorang tak semestinya jodoh" kekadang untuk dijadikan pedoman kekadang untuk dijadikan teman.. Copypaste "NK" JODOH INI ADA MACAM-MACAM -ada jodoh kat dunia je.  -ada jodoh kat akhirat je.  -ada jodoh kat dunia dan akhirat. -ada jodoh sebentar. Mintak Allah berikan kepada kita semua jodoh yang benar supaya gembira itu dapat dirasai sepanjang masa didalam redhonya.

BOLEHKAH SESEORANG YANG LAIN SOLAT TAUBAT UNTUK ORANG LAIN?

Image
   Soalan: Adakah benar suami akan menanggung segala dosa isterinya?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.   Di dalam al-Quran banyak ayat yang memerintahkan agar setiap daripada manusia itu menjaga diri mereka dan juga orang-orang yang berada di sekitar mereka daripada melakukan maksiat atau dosa. Antara firman Allah SWT yang menceritakan perkara tersebut adalah:   Firman Allah SWT:   يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا al-Tahrim:6 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka.”   Syeikh Muhammad Sayyid Thanthawi dalam tafsirnya menyatakan makna ayat ini ditujukan kepada setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah SWT agar mereka menjauhi diri mereka daripada api neraka dengan...

HUKUM TAWASSUL DAN TAHLIL KEPADA ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

Image
Gambar 1 Dalil membolehkan bertahlil(Riyadus Solehin)    Diantara ulama' yang membolehkan adalah Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Nawawi, Imam Subki, al-Qasthalani (ahli hadis), al-Hakim, al-Hafidz al-Baihaqi, al-Hafidz al-Thabrani, al-Hafidz al-Haitsami, Ibnu Hajar al-Haitami, al-Karmani, al-Jazari, Ibnu al-Hajj, al-Sumhudi dan masih banyak lagi ulama lain yang membolehkannya. Berikut ini adalah dalil hadith tentang tawassul dengan orang-orang yang telah meninggal dunia: “Diriwayatkan dari Utsman bin Hunaif bahawa ada seorang lelaki datang kepada (Khalifah) Utsman bin Affan untuk memenuhi hajatnya, namun Sayyidina Utsman tidak menoleh ke arahnya dan tidak mempedulikan keinginannya. Kemudian ia bertemu dengan Utsman bin Hunaif (perawi) dan mengadu kepadanya. Utsman bin Hunaif berkata: Ambillah air wudhu' kemudian masuklah ke masjid, solatlah dua rakaat dan bacalah: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad...

PEMAKAIAN CINCIN DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W

Image
  Umat Islam baik golongan lelaki atau wanita amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad ﷺ dalam kehidupan seharian tidak kiralah dari segi apapun. Apapun ketika mengamalkan sesuatu mestilah benar dengan ilmunya. Tidak dinafikan cincin adalah salah satu aksesori yang dipakai oleh Rasulullah, dalam pada itu ada juga di kalangan kita secara keterlaluan dalam pemakaian cincin sehingga penuh pada kesemua jari dengan pelbagai jenis dan bentuk cincin. Sebenarnya Rasulullah ﷺ memakai tidak lebih daripada dua bentuk cincin dan ada kalanya hanya dipakai satu bentuk sahaja dan jika diniatkan pemakaian cincin itu mengikut sunnah Rasulullah ﷺ, maka sudah pasti pahala menanti kita. Bagaimana Cara Sunnah Memakai Cincin?  Para ulama` berselisih pendapat yang mana lebih utama dalam pemakaian cincin ini. Walaubagaimanapun telah ijmak para ulama` bahawa harus memakai cincin pada mana-mana tangan. Maka diharuskan memakai cincin sama ada di tangan kanan dan juga tangan kiri. Menurut Ima...

PEWANGI RUMAH DI ZAMAN RASULULLAH

Image
  Bukhoor(PEWANGI) Biasa di pasang di rumah², majlis zikir dan maulid. Ianya memberikan bau yang harum dan menyegarkan.  Bekasnya pula kita panggil Mabkhara, ada banyak jenis. Lepas kita bakar arang kita boleh tabur wangian yang kita pilih nanti akan jadi harum satu rumah. Sebaik-baiknya pilihlah wangian daripada Gaharu(Oud) Asli 100%. selain, ianya pewangi yang pernah digunakan dizaman Rasulullah s.a.w kita juga mendapat pahala menghidupkan Sunnah di dalam rumah, ada beberapa kebaikan Bukhoor. Antaranya adalah jin sangat tak suka dengan bauan wangi Bukhoor. Jangan salah sangka, walaupun kemenyan sinonim dengan sihir dan tok bomoh kerana asap adalah makanan jin. Tetapi! Bukhoor adalah 100% sebaliknya. Bukhoor adalah asap wangi dari kayu yang dibakar. Kemenyan tak sama dengan Bukhoor iyeee..  Rujukan ❤️ Mafhum dari Hadith Ibnu Majah Kitab Perubatan (2804-3526). Obat Penyakit Kerongkongan dan Larangan Mengobati dengan Memasukkan Tangan عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَال...