BENARKAH KESEMUA WANITA AKAN MASUK NERAKA?
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ، تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الِاسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ : وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرُ أَهْلِ النَّارِ ؟ قَالَ : تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ
Mafhumnya : “Wahai sekelian kaum perempuan hendaklah kamu bersedekah dan banyakkan istighfar. Maka sungguhnya aku lihat kebanyakkan kamu adalah penghuni neraka. Maka berkata kaum perempuan tersebut : Dengan sebab apa wahai Rasulullah kami ramai masuk neraka? Jawab baginda : Sebab kamu suka mencela dan mengkufuri nikmat hidup.” (Hadith Muslim)
Nak tafsir hadis jangan terjemah dengan hanya semata-mata mengetahui makna.. Ilmu bahasa arab pun perlu dititik berat juga..
Hadis ini diriwayatkan oleh sahabah wanita yang bernama zainab al-ansori yang meminta nabi memberi nasihat kepada kaum wanita..
Apakah yang boleh difahami daripada hadis ini adalah pada perkataan "kebanyakkan(اكثر)" itu bukan bermaknanya kesemua(كل).. Kerana ada juga wanita-wanita yang solehah yang telah Allah ciptakan misalnya sumayyah(wanita pertama syahid dalam islam) khadijah al-kubra(habis keseluruhan harta kerana agama) rabiatul adawiyyah(Wali perempuan yang masyhur) dan ramai lagi.
Ulamak telah memberitahu "seorang lelaki yang keji lebih baik daripada seribu orang yang wanita yang keji dan seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu laki-laki yang soleh"
Terdapat juga dalam mafhum hadis yang lain di akhir zaman nabi memberitahu 40 orang wanita dijaga oleh seorang laki-laki ... Nak beritahu bilangan wanita itu lebih ramai daripada laki-laki sebenarnya.
Sekarang pun nisbah laki-laki & perempuan dekat malaysia 1:7 kann.. Wanita itu iman mereka lebih lemah daripada laki-laki .. Mereka mudah tergoda dengan godaan dunia... Itu sebab ramai bercerai dlm PKP😢kerana kebanyakkan wanita tak boleh nak hadap beban kesusahan.. Ditambah suami pula dibuang kerja dan sebagainya.. Allah jadikan Hati wanita cenderung kepada dunia.. Dan kerana itu mereka dihanyutkan dengan godaan dunia.. Dan sebab itulahh wanita kebanyakkannya masuk neraka.. Wallahualam.
Comments
Post a Comment