PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT
Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita diberi talab(keinginan) untuk kembali kepada fitrah iaitu keinginan untuk beragama...menimba ilmu dan menghampiri Ulamak. Sesungguhnya ia adalah perkara yang tidak sia-sia..
FOR BEGINNERS...
Dalam kesungguhan kita mencari ilmu untuk melengkapkan asas fardhu ain pertama-tama yang wajib dibuat ialah
1. Tidak Usah Paksa Diri..
Kekadang sesetengah orang ketika diusia yang tua baru dapat hidayah..nak pulun ilmu habis-habisan... datangi majlis ilmu setiap masa,masuk pondok kerana nak kejar ilmu yang tidak dicari ketika usia muda..
ketahuilah kesihatan badan ada limit dia... ketajaman akal dan kekuatan diusia tua ada limit dia...kalau tak boleh hafal..cuba baca sahaja..tidak perlu memaksa yang penting tekun dan istiqamah sahaja untuk pergi belajar dan duduk didalam kelas serta fahami betul-betul apa yang diajar.
2. Jangan berguru dengan seorang sahaja...
Ketahuilah dengan lebih banyak guru lebih banyak input yang kita dapat dan lebih terbuka permikiran.. carilah seberapa banyak Guru dan nilaikan yang positif daripadanya.
3. Hormati dan muliakan Ahli Ilmu....
Mungkin ada sesetengah Guru yang kita sanjung dan kita sayang dekat dia..akan tetapi setiap orang berilmu itu walaupun bukanlah guru kita tetaplah hormati dan muliakan dia.. walaupun dia tidak sefikrah(sama pandangan)dengan guru kita..jika ada terdapat cacat cela pada mereka tidak perlu bagi kita menghina dan mengaibkan mereka..cukup sahaja perkara seteru itu dibincang bersama ahli ilmu.. kerana kita yang baru mengenal ilmu belum mengerti apa-apa..mereka sudah membahas tentang furu(cabangan) ilmu kita baru sahaja mengenal alif ba ta dan qaul(perkataan) muktamad sahaja..jangan kita yang baru celik tentang ilmu sudah mahu melawan orang mempunyai ilmu lebih mendalam dan tinggi daripada kita...
4. Cari Guru yang tidak Sombong dan mengasihi Ummat....
Yang layak dijadikan Mursyid,Murabbi adalah seorang guru yang tidak mengajak seseorang itu membenci seseorang akan tetapi menasihati anak muridnya mengasihi,mengasihani serta mendoakan agar orang yang tersesat, terlalai, keliru pemahaman tentang agama diberi jalan pentunjuk oleh Allah..carilah guru yang sentiasa tawadhuk(rendah hati) terhadap ilmunya serta menjauhi perkara yang syubhat dan haram, sentiasa menjaga pandangan dari wanita ajnabi serta selalu menjaga ikhtilat(pergaulan) dengan semua orang dengan layanan yang baik dan munasabah.
5. Selalu beristighfar dan berdoa...
Perjuangan mencari ilmu ini bukan senang..kekadang sudah tau ilmu sedikit mula lupa dan menyombong sampai tak ingat dunia.. perasan hebat didalam diri mula naik atas kepala.. betapa ramai ahli kitab ditipu dengan hawa nafsunya Kerana sombong dengan ilmu yang tak seberapa..maka perbetulkan niat mencari ilmu hanya kerana Allah semata-mata setiap masa..jika terleka mohonlah istighfar sebanyaknya..ilmu tidak boleh berkumpul dalam hati orang yang takabur..kerana ilmu itu suci maka ia hanya terdapat didalam hati orang yang suci...berdoalah juga agar diberikan ilmu yang bermanfaat supaya kehidupan menjadi berkat..
Semoga para pencari ilmu disuluhi dengan petunjuk yang benar.. insyaallah.
Comments
Post a Comment