HILANGNYA PARA ULAMAK DI ATAS BUMI

Teringat saya dulu masa daurah kitab "Alamatus Saah" dengan Almarhum Habib Abu Bakar Al-Adni ditempat saya belajar iaitu Ribat Fatah, Seiyun, Hadralmaut... Antara pesanannya ketika membacakan kitab tersebut.. beliau mengatakan bahawa ilmu yang pertama akan diangkat daripada dunia ini adalah Ilmu "FARAID" yang keduanya adalah Ilmu mengenai permasalahan Wanita Iaitu tentang "HAID dan NIFAS setelah itu barulah Ilmu-ilmu yang lain.. Ulamak-ulamak besar dunia bersepakat bahawa maksud diangkat ilmu tersebut adalah dimatikan oleh Allah akan Ulamak-ulamak tersebut yang setelahnya tidak tertinggal pun mereka yang Faqih( benar-benar faham) tentang ilmu tersebut.. Hal keadaan itu begitu jelas sehingga Allah memperlihatkan satu persatu dihadapan saya Ulamak-ulamak yang begitu Warak dan Faqih itu dipanggil menghadap Allah.. Kehilangan Ulamak adalah ibarat Kehilangan sebuah permata...Ulamak adalah penghias dunia,sebagai lampu menerangi kegelapan.. Nabi SAW bersabda mafhumnya...