HILANGNYA PARA ULAMAK DI ATAS BUMI



Teringat saya dulu masa daurah kitab "Alamatus Saah" dengan Almarhum Habib Abu Bakar Al-Adni ditempat saya belajar iaitu Ribat Fatah, Seiyun, Hadralmaut...

Antara pesanannya ketika membacakan kitab tersebut.. beliau mengatakan bahawa ilmu yang pertama akan diangkat daripada dunia ini adalah Ilmu "FARAID" yang keduanya adalah Ilmu mengenai permasalahan Wanita Iaitu tentang "HAID dan NIFAS setelah itu barulah Ilmu-ilmu yang lain..


Ulamak-ulamak besar dunia bersepakat bahawa maksud diangkat ilmu tersebut adalah dimatikan oleh Allah akan Ulamak-ulamak tersebut yang setelahnya tidak tertinggal pun mereka yang Faqih( benar-benar faham) tentang ilmu tersebut..


Hal keadaan itu begitu jelas sehingga Allah memperlihatkan satu persatu dihadapan saya Ulamak-ulamak yang begitu Warak dan Faqih itu dipanggil menghadap Allah..


Kehilangan Ulamak adalah ibarat Kehilangan sebuah permata...Ulamak adalah penghias dunia,sebagai lampu menerangi kegelapan..


Nabi SAW bersabda mafhumnya:


إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا


“Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.” 


Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)


Keadaan itu semakin merunsingkan apabila orang awam sudah membenci Ulamak-ulamak mereka sehingga apa yang terbit dari mulut mereka sudah tidak dipedulikan lagi sehingga sebahagian besar Ulamak-ulamak memilih untuk mengasingkan diri.


Saat ketika itu manusia tersasar dan terjerumus ke dalam kesesatan seperti yang telah disebutkan dalam mafhum hadis yang lain, Baginda Nabi SAW mengisyaratkan:


"Di antara tanda-tanda akan datangnya kiamat ialah dihilangkan ilmu (mengenai agama) dan tetapkan kejahilan." (Hadis Riwayat al-Bukhari).


Daripada Abi Ja’far rahimahullah beliau berkata:


مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا


“Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.”


Riwayat al-Baihaqi (4/344) dan Abu Nu’aim (3/183)


Pernah suatu ketika Imam Syafii ditanya, “Bagaimana kami dapat mengetahui Ahli Haq( orang yang benar) di zaman (penuh) fitnah? Beliau menjawab, “Ikutilah panah-panah musuh (iaitu mereka mengarah kepada siapa), maka itu akan menunjukimu pada mereka.


Yakni pada ketika itu siapakah yang paling ditakuti oleh penzalim atau orang yang kuat memusuhi islam.


Dan ingatlah wahai saudaraku, sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak senang dengan islam dan sentiasa ingin menghancurkan Islam kerana hasad mereka kepada orang beriman dan mereka memiliki tujuan ingin memurtadkan kita orang-orang beriman sebagaimana mafhumnya firman Allah Taala sebagaimana di dalam Al Quran :


وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana hasad yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS : Al Baqarah : 109)


Ditempat lain juga Allah berfirman mafhumnya 


وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu” (QS : Al Baqarah : 120).


Ketahuilah orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah redha kepada kita, hingga kita benar-benar mengikuti agama mereka. Maka sampai bila pun selama kita belum mengikuti agama mereka maka mereka tidak akan senang kepada kita dan perbalahan sesama kita hanya akan menguntungkan mereka...


Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS