BIAR TAHU JANGAN KELIRU: LAYAKKAH ANJING JADI HAIWAN PELIHARAAN ORANG ISLAM?




Dalam mazhab syafie anjing merupakan binatang yang haram dan bukan peliharaan..

Adapun yang dipertikaikan orang-orang dulu bela anjing tu ada bagaimana?



Orang dulu-dulu tu siapa? Yang biasa kita dengar itu sebelum zaman Rasullulah ada kalangan mereka melatih anjing untuk perburuan.. Dan ini adalah diharuskan dalam mazhab syafie boleh rujuk dalam kitab fathu qorib syarat-syarat anjing yang dibolehkan untuk perburuan.. dan kebanyakkan mereka orang-orang ketika itu menggunakan anjing sebagai haiwan untuk menggembalakan biri-biri itu banyak dilakukan sebelum zaman rasulullah adapun ketika zaman rasulullah hamba-hamba di kerahkan untuk menjaga binatang-binatang ternakan yang diambil sebagai zakat dan juga menjaga harta persendirian.


Jadi apakah Rasulullah itu tidak suka akan anjing walhal ia pun makhluk Allah?


Adapun kesemua makhluk itu dicintai Rasulullah, namun begitu ada beberapa faktor yang menegah dari menyentuhnya kerana ia adalah perintah Allah..


Sebagaimana diterangkan dalam mafhum hadis:


Dari ‘Aisyah rodiaallaahu ‘anha bahwa ia berkata, “Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wa’alaa aalihi wasallam mengambil janji dengan Jibril ‘alaihissalaam agar dia mendatanginya pada suatu saat. Lalu tibalah saat tersebut, namun Jibril belum juga datang menemuinya, sementara di tangannya ada sebatang tongkat lalu beliau melemparkannya dari tangannya seraya mengatakan,


“Allah tidak pernah menyalahi janjiNya begitu pula dengan Rasul-RasulNya.”


Kemudian beliau menoleh, tiba-tiba ada seekor anak anjing di bawah tempat tidurnya(katil) , lalu beliau bersabda,


“Wahai ‘Aisyah! sejak bilakah anak anjing ini masuk ke tempat ini?”


‘Aisyah menjawab, “Demi Allah, aku tidak tahu.”


Lalu beliau memerintahkan kepada seseorang sehingga anak anjing tersebut dikeluarkan. Kemudian datanglah Jibril. Lalu Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wa’alaa aalihi wasallam menyapanya,


“Engkau berjanji kepadaku, dan aku duduk menunggumu, namun engkau tidak segera datang.”


Jibril menjawab, “Aku tidak segera datang karena ada anak anjing di rumahmu. Sesungguhnya kami (para Malaikat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar (dari makhluk yang bernyawa)”.”

{HR. Muslim, Kitab Al-Libaas bab Tashwiir Shuurotil Hayawaan… (An-Nawawi XIII/307, no.5478).}

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS