CARA MEMILIH PASANGAN YANG TEPAT BERLANDASKAN KEHENDAK ISLAM
Islam menggariskan pemilihan pasangan itu berlandaskan pematuhan kepada anjuran yang di ajarkan oleh baginda s.a.w dalam memilih kriteria pasangan yang betul. Mafhum sabdaan Nabi s.a.w :
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَـالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebagaimana yang di anjurkan dalam mafhumnya hadis di atas kriteria yang sesuai menurut syarak amatlah perlu dititik beratkan kerana apabila kamu berkahwin dengannya kamu telah mengikat pertalian kekeluargaan di antara kedua-dua buah keluarga.
Keputusan bijak perlu dilakukan untuk memilih pasangan yang ideal yang akan menjadi peneman hidupmu suatu hari nanti. Jika tidak, menyesal tidak bernoktahlah yang akan dihadapi dihari-hari mendatang seperti kepincangan rumah tangga, kecurangan pasangan, perbalahan menantu dengan mertua dan juga terjadinya kes perceraian. Pernikahan bukanlah mudah. Bukan hanya melibatkan hati dan perasaan sahaja bahkan ia lebih kepada tanggungjawab.. Jika mahligai cinta yang dibina berteraskan hawa nafsu semata-mata dan bukan disandarkan pada kehidupan secara sunnah maka keretakkan rumah tangga akan menjadi pengakhirannya.
Hal sebeginilah(perceraian/kecurangan pasangan) menyebabkan ramai orang mengambil keputusan untuk tidak berkahwin.. Jika kita meletakkan kekurangan tersebut sebagai alasan untuk tidak berkahwin maka akan terjadinya masalah yang lebih besar lagi iaitu "penzinaan".. Fitrah normal manusia yang dijadikan Allah itu berpasang-pasangan(lelaki+perempuan) apabila keadaan ini menyalahi pada adatnya maka terjadilah ketidakseimbangan alam lalu mengakibatkan kemaksiatan.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman di dalam mafhumnya:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
1. QS AN NISA:1
Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
10. QS LUQMAN:10
Islam mengajarkan segala perkara kepada manusia dari aspek ibadat, muamalat, perundangan dan juga perkahwinan bagi menuntun manusia kepada kehidupan yang lebih aman dan tenteram.
Apabila seseorang itu buntu untuk memilih pasangan yang sesuai dengannya maka dia diajarkan untuk solat istikharah.
Memilih pasangan yang benar adalah perlu kerana apabila memilih Pasangan hidup tidak seperti membeli pakaian sudah beli dan apabila sudah lusuh warnanya atau rosak langsung di buang. Perkahwinan bukan seperti itu. Adapun perbuatan cerai itu dibenar oleh Allah. namun, perkara itu amatlah tidak disukai oleh Allah. Sebagaimana mafhum sabdaan nabi bahawa:
“Perbuatan halal yang paling dibenci Allah adalah cerai.
Diriwayatkan oleh Abu Dawud (2178), Baihaqi, dan Ibnu adi, dari jalan Mu’arrof bin Washil, dari Muharib bin Ditsar, dari Ibnu Umar secara marfu.
Umumnya tiada yang menginginkan perceraian sebagaimana sebuah pepatah "nak mendirikan perkahwinan cukup payah akan tetapi untuk meruntuhkan tersangatlah mudah".
Sebagai solusinya, hendaklah setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga memikirkan semasak-masaknya sebelum memilih pasangan dengan mencari yang halal tanpa melanggar perintah Allah selebihnya bertawakallah kepadanya agar diberi pasangan yang baik yang akan meraih redha Allah didunia dan di akhirat. Wallahualam.
Terima kasih kerana membaca.
Comments
Post a Comment