HAKIKATNYA INILAH ZAMAN YANG DISEBUTKAN




Kemuncak perkembangan ilmu adalah Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya al-Ma'mun (813-833) menandakan bermulanya zaman kemuncak perkembangan ilmu pengetahuan.Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim.


Ketika itu seluruh dunia menumpukan perhatiannya ke kota Baghdad atau lebih popular ketika itu "Kota Ilmu" 


Namun setelah kejatuhannya setelah diserang tentera mongolia.. Kelihatan aspek keilmuan kian merudum tak usah diceritakan tentang kehidupan dahulu.. Sekarang kita pandang pada masa ini.. Kalau dulu orang mencari tok guru, tapi sekarang terbalik dah pulak.. Yang buka pondok/madrasah pun haru nak memintas pelajar supaya masuk kelas apatah lagi nak diceritakan orang awam diluar sana nak mencari guru..


Ibaratnya seperti menunggu ayam jantan bertelurlah jawabnya.


Benarlah sebagaimana mafhum hadis Nabi


بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]”


Artinya bahwa islam dimulai dalam keadaan asing sebagaimana keadaan di Mekkah dan di Madinah ketika awal-awal hijrah. Islam tidak diketahui dan tidak ada yang mengamalkan kecuali sedikit orang saja. 


Sekadar coretan.

Gambar sekadar hiasan

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS