IMPAK PENGARUH FILEM PORNO DIKALANGAN ANAK MUDA




Saya pernah bertanya pada sekumpulan beberapa anak muda yang sedang asyik menghisap rokok dan beberapa kali kepada perokok yang lain dan setiap kali saya bertanyakan kepada mereka apakah rokok membawa ketagihan?? Rata-ratanya mereka menjawab bahawa rokok tidaklah mendatangkan ketagihan sebagaimana dadah, menghisap gam dan sesuatu yang mengkhayalkan serta memabukkan. Jika mereka mahu berhenti,mereka boleh berhenti,namun merokok adalah bukan satu ketagihan yang tidak membolehkan seseorang berhenti darinya.. 

Beralih pada tajuk utama pada penulisan saya.. Cerita di atas merupakan suatu perumpamaan. Hal yang sebenar yang ingin dibahaskan disini adalah penularan gejala yang tidak sihat dikalangan remaja kerana terpengaruh dengan nilai-nilai negatif dari barat yang berlawanan dengan kehidupan islam iaitu menonton atau melihat gambar dari video porno. Akhir zaman masalah iman dikalangan orang islam dilihat semakin menyedihkan. Hanya kerana ingin kehidupan berjaya, lebih maju dari orang bukan islam.. Orang-orang islam semakin menjauhi islam. Malah ada dikalangan orang islam sendiri mengatakan kehidupan ajaran islam sudah tidak relevan lagi dan mundur lalu mereka meninggalkan kehidupan cara islam dan mengagungkan kehidupan cara barat seperti pergaulan dan percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan. Alatan canggih seperti telefon canggih pada masa kini yang disalahgunakan untuk perkara-perkara negatif memberi impak kepada keruntuhan akhlak dikalangan orang islam pada hari ini.. Tak kiralah pelajar agama ke atau bukan pelajar agama, dari pondok ke, sekolah agama ke atau sekolah biasa, sama ada berkopiah atau berpurdah kesemuanya hanyut bersama.. Inilah bahayanya jika ibu bapa tidak memantau penggunaan telefon canggih oleh anak-anak mereka, lebih mendukacitakan lagi lahir-lahir anak je dah di ajar untuk pegang telefon.. Tak pandai nak menyebut perkataan lagi dah di ajar tengok dan pegang telefon.. kalau orang-orang tua dulu-dulu ajar pegang biji tasbih atau baca al-quran dekat anak-anak yang baru lahir supaya rohaniah dari bacaan al-quran yang suci itu masuk dalam hati anak-anak dan supaya dapat jadi anak-anak yang soleh.. Tapi sekarang ni tak, dari kecil lagi dah diajar untuk tengok video berjogek dan menyanyi, mereka suka jika anak-anak jadi artis. Para salafussoleh ketika dulu-dulu apabila anak-anak mereka mula pandai bercakap mereka akan mengajarkan menyebut "Allah" dahulu setelah itu diajar perkara agama islam yang lain. Hal ini disebabkan kerana mereka ingin supaya anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh/solehah yang taat kepada Allah. 

Pada zaman ini tidak peliklah jika golongan yang belajar agama pun sering kita dengar melakukan perbuatan maksiat. Hal ini kerana mereka cuma belajar ilmu.. namun, mencuaikan pelajaran adab, sedangkan adab cukup-cukup penting dan perkara utama yang perlu diambil berat. 

Kata syeikh Abdullah bin Mubarak sesungguhnya aku mempelajari ilmu agama selama 20 tahun dan selama itu aku mempelajari ilmu adab 16 tahun dan mempelajari ilmu syariah selama 4 tahun.. Dan aku lebih suka jika keseluruhan 20 tahun itu dihabiskan untuk belajar ilmu adab sahaja. 

Kata syeikh kami Habib Muhammad bin Agil Al-Hamid mengatakan kepada kami
اَفْضَلُ الطَاعَةْ تَرْكُ المَعَاصِي
Sebaik-baik ketaatan kepada Allah adalah meninggalkan kemaksiatan. 

Begitu juga pernah Habib Umar bin Hafiz mengatakan: tetaplah bertaubat (kembali) kepada Allah walaupun kamu belum mampu meninggalkan maksiat. 

Syeikh Saad Al-Kandahlawi pernah mengatakan tetaplah menyuruh orang lain berbuat baik walaupun diri kamu belum ada kekuatan untuk melakukannya. 

Iman dalam diri kita ini kita sahajalah yang merasakan keadaannya. Ketika kita jauh dari Allah maka hal demikian itu tetap dirasakan juga. 

Berbalik pada perumpamaan tentang cerita ketagihan rokok itu sebenarnya bualan semata-mata kerana tidak ada yang pernah ketagihan, yang ada cuma perasaan seronok ketika menghisap sehingga tidak boleh atau berasa sayang nak meninggalkannya. 

Sama seperti penggemar filem porno hal demikian seperti ibarat perumpamaan rokok.. Bila hati dah seronok maka nak meninggalkannya menjadi suatu keberatan. 

Tanya sama hati kerana sesungguhnya pilihan baik dan pilihan buruk seseorang itu hatinyalah yang menentukan jika dia tidak mahu berubah maka kesannya akan membawa dia kepada maksiat yang lebih besar.. Bermula dengan zina mata, zina hati akhirnya zina anggota. Nauzubillah

Jangan dibiarkan perkara ini di anggap remeh kerana sesungguhnya dalam sebuah mafhum hadis ada seorang dari kalangan bani israil yang alim dan mempunyai murid beribu-ribu tewas dengan godaan iblis inikan kita pula insan biasa. 

Jika hari ini tak makan jerat iblis dan kita masih belum bertaubat esok belum tentu selamat. 

Kembalilah kepada Allah sebelum tiba hari yang apabila kamu menyesal pun tiada gunanya iaitu hari yang menggerikan saat dihimpunkan seluruh anak-anak adam di hari pembalasan. Kita masih berpeluang untuk bertaubat dan meninggalkan segala maksiat selagi hayat masih di kandung badan..

Sebagaimana mafhum sabdaan nabi s.a.w :
diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.

Riwayat Ibn Majah (4392). Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

DOA FAJAR

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

AKIDAH ASAS PEGANGAN ASWAJA