MENGKAFIRKAN ULAMAK FEKAH TANDA ORANG TERSEBUT SUDAH JAUH DARI ALLAH




Kesemuanya ulamak-ulamak fekah datang sebelum ulamak-ulamak hadis seperti yang kita ketahuinya.. Jadi janganlah dipertikaikan tentang ulamak-ulamak fekah dengan menuduh sama ada mereka tidak berpengetahuan tentang ilmu hadis.


Sejujurnya bahawa kisah yang masyhur mengenai imam abu hanifah sendiri sempat bertemu dengan beberapa sahabat.. Jadi apakah kita mahu mempertikaikan bahawa mereka itu tidak layak untuk menyusun hukum-hukum yang sedang kita guna pakai pada masa sekarang ini tanpa rujukan hadis?


Jika diperhatikan tempoh masa hidup mereka itu lebih dekat dengan sahabat dan keatasnya, maka jaluran susur-galur mereka itu sememangnya lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w.


Sebagaimana mafhum sabdaan Rasulullah s.a.w :


"Sebaik-baik kurun adalah kurun aku"


dan setelah itu dan setelah itu..


Mengikut periode zaman kemunculan imam-imam empat mazhab tersebut bahawa jangka masa mereka itu adalah masih dekat lagi kerana zaman kemunculan mereka setelah zaman sahabat.


Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aliran yang suka memburuk-burukkan para ulamak terdahulu dengan halusnya saya mengesa supaya dilupakanlah niat dan perbuatan tersebut kerana mereka ulamak-ulamak dahulu lebih mendalam pengajian mereka dan lebih warak dan zuhud kehidupan mereka jika dibandingkan dengan para asatiz yang wujud sekarang ini.


Sesungguhnya mereka ulamak-ulamak terdahulu bukan hanya menghabiskan harta mereka untuk agama malah jika di zaman ini ada yang sanggup mengorbankan nyawa pun tiada dapat menyamai kesusahan-kesusahan ulamak-ulamak terdahulu dalam menyampaikan agama..


Maafla tulis panjang sikit tapi terima kasih kerana sudi baca sampai sini..


 Semoga Allah berkati kehidupan kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

DOA FAJAR

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

AKIDAH ASAS PEGANGAN ASWAJA