PERKARA YANG DITUNTUT DI HARI AS-SYURA
Daripada Syeikh Abdul Hamid bin Syeikh Muhammad Ali Qudus beliau merupakan salah seorang Pengajar di Masjid Makkah al-Mukarramah dalam kitabnya Kanzu An-Najah Wa Surrur m/s 22 perkara yang dituntut untuk dilakukan pada 10 Muharam adalah:
1. Perbanyakkan Solat Sunat.
2. Berpuasa.
3. Menghubungkan Silaturrahim.
4. Bersedekah,.
5. Mandi Sunat.
6. Memakai Celak.
7. Menziarahi Orang Alim.
8. Mengunjungi Orang Sakit.
9. Mengusap dengan tangan Kepala anak yatim.
10. Meluangkan Masa bersama Keluarga.
11. Memotong Kuku
12 Membaca surah al-ikhlas Seribu kali.
Adapun orang islam yang hendak berpuasa sunat mestilah berpuasa pada 9 Muharam dan 10 Muharam jika lupa untuk berpuasa pada 9 Muharam maka dikehendaki untuk berpuasa pada 10 Muharam dan 11 Muharam (yakni dua hari kerana untuk membezakan di antara puasa pada bulan Muharam di antara orang islam dan orang yahudi) kerana orang yahudi hanya berpuasa pada tanggal 10 Muharam sahaja.. Wallahualam..
Haram berpuasa pada 10 Muharam sahaja.
#ridathijau
#kebangkitanulamak
Comments
Post a Comment