SERONOKNYA BERZINA DENGAN ANAK ORANG



Ini suatu kisah di zaman Rasulullah S.A.W mengenai seorang pemuda yang meminta izin Nabi S.A.W supaya diberi kebenaran untuk berzina.


Diriwayatkan oleh Abu Umamah r. anhu, dia berkata. Mafhumnya : “Sesungguhnya seorang pemuda mendatangi Nabi S.A.W wasallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk berzina.” Orang-orang kemudian mendatanginya lalu melarangnya, mereka berkata: “Jangan, jangan.”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Mendekatlah.”

Dia mendekat lalu duduk kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: “Apa kamu menyukai orang-orang berzina dengan ibumu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikan saya sebagai tebusan tuan.

Nabi S.AW bersabda: “Orang-orang lain juga tidak menyukai kamu berzina dengan ibu-ibu mereka.”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Apa kamu menyukai orang lain berzina dengan puterimu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikan saya sebagai tebusan tuan.” Nabi S.A.W bersabda: “Orang-orang lain juga tidak menyukai kamu berzina dengan puteri-puteri mereka.”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Apa kamu menyukai orang-orang lain berzina dengan makcikmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikan saya sebagai tebusan tuan.” Nabi S.A.W.bersabda: “Orang-orang lain juga tidak menyukai kamu berzina dengan makcik-makcik mereka.”

Kemudian Rasulullah S.A.W meletakkan tangan beliau pada pemuda itu dan berdoa: “Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya.” Setelah itu pemuda itu tidak pernah melirik apa pun.”

(Musnad Ahmad, no. 21185)


وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلً


Mafhumnya: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32)


Jenis-jenis zina


Zina Mata : zina yang dilakukan oleh mata ketika seseorang memandang lawan jenisnya dengan perasaan senang atau penuh hawa nafsu. 

Zina Hati : zina yang dilakukan oleh hati iaitu ketika memikirkan atau mengkhayalkan lawan jenis dengan perasaan senang dan bahagia.

Zina ucapan (lisan) yang dilakukan oleh lisan atau ucapan ketika membicarakan lawan jenis yang diikuti dengan perasaan senang.

Zina Anggota (Zina Besar) : zina yang dilakukan oleh tangan. Ini terjadi ketika seseorang dengan sengaja memegang bagian tubuh lawan jenisnya diikuti dengan perasaan senang, bahagia atau penuh dengan hawa nafsu. 


Hukuman bagi Penzina


Hukuman Penzina Muhsan(sudah punya ikatan nikah) 


Bagi penzina yang memenuhi ciri-ciri muhsan iaitu baligh, berakal, merdeka dan pernah bersetubuh dalam akad nikah yang sah, maka dia tertakluk kepada hukuman penzina muhsan iaitu direjam dengan batu hingga mati. (Rujuk: Al-Tasyri' al-Jina'iy al-Islami, 2/322-324). Hukuman ini disahkan melalui ucapan dan tindakan Rasullah S.A.W. Malah hukuman ini juga telah dinyatakan di dalam al-Quran dan kemudian ayat ini dimansuhkan bacaannya.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa suatu ketika Umar R.A berucap dan beliau berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan kebenaran dan telah menurunkan al-kitab. Di antara perkara yang telah diturunkan oleh Allah ialah ayat rejam. Kami baca, kami pelihara dan kami faham. Apabila Rasulullah S.A.W. merejam, kami juga akan merejam selepas ketiadaannya. Namun aku bimbang setelah berlalu masa, akan ada yang berkata: “Kami tidak jumpa ayat rejam dalam kitabullah (al-quran)”. 


Riwayat Al-Bukhari (6830) dan Muslim (1691)


Hukuman Penzina Bukan Muhsan(belum kahwin) 


Sekiranya seseorang berzina dan dia bukan muhsan, dia akan dihukum dengan100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Hukuman 100 kali sebatan telah dinyatakan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T:


الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman yang dikenakan ke atas mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”


(Surah Al-Nur: ayat 2)

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS