AURAT & TUDUNG : SAYA DAH BERTAUBAT TAPI ORANG BUKA AIB SAYA LAGI
Macam Mana ni ustaz, dulu memang saya dalam keadaan jahil tidak tutup aurat sempurna sering berpakaian nauzubillah saya sendiri pun segan nak cakapkan.. Tapi sekarang saya sudah berubah, saya berasa menyesal dan tidak mahu berkelakuan seperti dulu.. saya banyak upload di Medsoc gambar yang tidak tutup aurat dan kesemua sudah saya delete(padam) dan ada yang menyimpan gambar saya lalu menyebarkan,padahal saya sudah hebahkan supaya setiap yang menyimpannya supaya memadamkan.. Fikiran saya buntu adakah saya masih berdosa?
Jawapan:
MasyaAllah, moga Allah terima usaha akak yang menginginkan keampunan dan kebaikan dari Allah s.w.t, semoga Allah bimbing kita untuk sama-sama masuk ke pintu syurganya.
Ada suatu kisah tentang satu orang yg telah membunuh 99 orang, mungkin ramai yang sudah tahu cerita ini jadi saya ringkaskan diakhir ceritanya taubatnya diterima. Maka dia terpilih untuk jadi ahli syurga..
Bukan senang untuk berubah kerana satu orang yang sudah lama berada didalam lazatnya maksiat memang sukar baginya untuk berubah..Jika dia sudah berubah maka kita wajib sama-sama memberi sokongan dan menolongnya..
Tentang perkara foto atau video yang sudah disebar itu memang yang menanggungya siapa? Sudah tentulah si penyebarnya kerana telah menyebarkan aibnya seseorang..
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Mafhumnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.
Mafhum Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Mafhumnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
Mafhum Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi (2032) dalam Sunan-nya.
Maka, kesalahan dulu yang masih disebarkan oleh orang lain ditanggung oleh si penyebar tersebut.. Wallahualam
Gambar sekadar hiasan.
Comments
Post a Comment