BERITA PANAS: MENOLAK FAHAMAN LIBERAL TENTANG CAPAL NABI




“Dari ‘Abis bin Robi’ah, ia berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar (bin Al Khottob) mencium hajar Aswad. Lantas ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” (HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270).


Kes capal selalu aja dijadikan isu, taksubla, fanatikla, khurafatla... Itu adalah cara permikiran yang tidak Profesional dalam diri manusia yang normal.. sebenarnya tidak ada masalah jika hanya sekadar bertabaruk sahaja.. yang rajin kelirukan orang awam pasal ini kenapa??sedang hal kelab judi, rumah pelacuran, seks bebas, dan gejala sosial lain tu senyap saja? dan Untuk apa dibangkitkan isu ini sehingga menyebabkan orang awam kebingungan lagi? Tuan-tuan perlu tahu jika orang melukisnya pada baju atau pada dinding itu cuma simbol untuk bertabaruk dan hiasan semata-mata. sebagaimana mafhum firman Allah SWT:


لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا


Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Surah al-Ahzab (21).


Sama juga orang lukis mihrab bukan kerana mahu menyembah dinding yang diukir tersebut bahkan ia semata-mata simbol sahaja.. Adapun kita yang selama ini solat dan sujud dihadapan ka'bah adakah kita menyembah ka'bah?


Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an mafhumnya:

وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ


“Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)

Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah Ka’bah.


Jadi Ka’bah adalah kiblat. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.

Dan ka'bah adalah simbol arah bagi orang-orang islam untuk menyembah Allah sebagaimana yang telah diperintahkan dan bukanlah ia sebagai alat sembahan.


Imam Al Nawawi Rahimahullahu Taala pada syarah sohih muslim 14/44 berkaitan Hadis para sahabat bertabarruk dengan wuduk Nabi ﷺ

  "ففيه التبرك بآثار الصالحين واستعمال فضل طهورهم وطعامهم وشرابهم ولباسهم."


Maksudnya: Padanya bab bertabarruk pada athar orang-orang solih dan menggunakan lebihan bersuci, makanan, minuman dan pakaian mereka.


Pelbagai lagi contoh-contoh yang terdapat dalam athar dan perbincangan para ulama. Hakikatnya, ini semua dilakukan kerana kecintaan mereka kepada RasulNya yang menatijahkan tindakan dalam bentuk tabarruk dan tidak lebih daripada itu. 


Semoga permisalan diantara kaabah dan capal ini tidaklah menimbulkan keraguan buat tuan-tuan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS