KEBERKESANAN RAWATAN BEKAM




Rawatan berbekam merupakan salah satu rawatan yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang terbukti berkesan merawat dan mencegah pelbagai penyakit kronik sama ada zahir atau batin.


“Jenis bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.“Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. “Mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Walaupun begitu, tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan Iaitu mereka yang yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, wanita mengandung dan ketika haid, masalah kulit serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan juga kenyang. 


Antara Kebaikan Berbekam ialah:


Berbekam boleh membantu menghilangkan pening dan migrain, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.


Selain itu, berbekam juga boleh membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar, mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat, membantu meringankan tubuh dan membantu menajamkan minda.


Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan antaranya ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang melalui kaedah berbekam.


Antara Rujukannya:


Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"

(Riwayat Imam Ahmad).


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"

(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)


Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ


Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]


*gambar lama ketika jadi jurubekam


#yaman #bekamsunnah

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS