KEUTAMAAN ORANG YANG MENJADI IMAM SOLAT MENGIKUT TERTIB DAN TURUTAN
Sebelum kita masuk bulan ramadhan anda mesti tahu ini.. Kekadang orang terlepas pandang perkara ini lalu meletakkan yang baru habis hafal Al-Quran namun fiqih tidak tahu.
Maka lihat ini tertib keutamaan untuk mengimami orang ramai.
1. WALI(AHLULLAH) YANG ALIM BESAR @ YANG SUDAH LEPAS PENGETAHUAN FARDHUNYA.
2. IMAM RAWATIB @ IMAM YANG SUDAH DILANTIK MASJID LEBIH BERHAK DARI SELAINNYA.
3. QARI( MENGHAFAL A-QURAN/TAJWID SERTA BAGUS BACAANNYA). Keutamaanya kepada yang Warak(yang paling zuhud dan tidak suka kepada perkara yang melalaikan).
Jika terhimpun padanya Alim + hafiz + qari yang ni lebih afdol.
Jika terhimpun diantara alim sahaja dan hafiz sahaja.. Maka pilih alim dulu baru hafiz.. Kerana si alim itu tahu makna yang dibaca dan tahu perkara sah dan batal solatnya..
4. PILIH YANG LEBIH LAMA BERHIJRAH DULU.. Paling utama yang sememangnya lahir disitu.
5. PILIH YANG MASUK ISLAM PALING AWAL DAN JUGA BAIK NASABNYA dulu.. jika yang lebih tua maka kehadapankan yang lebih tua daripada yang muda.. Melainkan sudah uzur.. jika pada keturunannya maka lihatlah mana yang keluarga lebih banyak yang nasabnya alim atau orang yang tinggi darjatnya dihormat keluarganya pada masyarakat.
6. PILIH YANG BERSIH ELOK DAN BANYAK SUNNAHNYA. beri keutamaan pada yang lebih banyak pada zahirnya sunnah pada pakaiannya dan sebagainya serta paling harum badannya.
7. PILIH YANG LEBIH SEDAP BACAANNYA. jika dia tahu taranum atau qiraat maka itu dilebihkan.
8. YANG ADIL(Warak+ Zuhud) LEBIH UTAMA DARIPADA FASIK(Ahli bidaah+ahli maksiat+sering buat perkara makruh dan lain-lain)
9. YANG BALIGH LEBIH AFDOL DARIPADA DARIPADA KANAK-KANAK.
10. MUKIM LEBIH UTAMA DARIPADA MUSAFIR.
11. ANAK HALAL LEBIH AFDOL DARIPADA ANAK ZINA.
12. YANG NAMPAK(BOLEH MELIHAT) LEBIH BAIK DARIPADA BUTA.
13. JIKA TERHIMPUNAN PADA MEREKA KELEBIHAN TERSEBUT SAMA MAKA UNDILAH UNTUK MENENTUKAN.
Rujukan : Kitab Busyra Karim Syarah bagi Muqadimah Hadramiyah
Nota: on the way ke SKM untuk daftar Copyright artikel ni.😂🤣🤣
Comments
Post a Comment