KISAH WANITA YANG DIPELIHARA MARUAHNYA OLEH ALLAH
Tentu rata-ratanya dikalangan kita masih ingat peristiwa besar yang terjadi pada Acheh 2004..Gelombang Tsunami tersebut mengakibatkan berpuluh-puluh ribu nyawa terkorban bahkan meranapkan rumah sehingga ramai kehilangan tempat tinggal. Tidak lupa juga beberapa negara turut menerima keadaan daripada tempiasnya seperti malaysia.
Sesungguhnya ia peristiwa yang mengalirkan banyak air mata. dan ketika itu juga Allah s.w.t ingin membuktikan kekuasaannya dengan perkara-perkara yang tidak boleh diimbangi oleh akal manusia.. dan daripada peristiwa itu banyak menyedarkan manusia sehingga ada bersyahadah tidak terkira banyaknya.. Sehingga ke hari ini kesannya masih lagi melekat dihati-hati kita.
Adapun yang menarik perhatian saya ialah tentang keadaan seorang wanita yang di temui mati sedikit pun auratnya tidak terbuka.. ia ditemui dalam keadaan seperti sedang tidur.. Masih lagi wajahnya yang ditutup dengan purdah tidak terbuka.. Apabila perkara itu disebarkan rata-rata ramai yang mengenalinya dan dia juga terkenal seorang yang sangat menjaga agama dan auratnya. Iyalah sudah takdir Allah apabila bala datang ia tidak pilih-pilih mana yang jaga agama atau mana yang menjauh dari agama.. Bila ia datang semua mesti kena.. Tidak kira siapa dengan izinnya. Adapun yang menarik minat saya itu, keperibadiaan wanita tersebut seperti heboh diceritakan oleh orang-orang bahawa dia sememangnya solehah.. Benarlah kata Rasulullah dalam mafhumnya."barangsiapa yang memelihara agama Allah maka Allah memelihara dirinya.. Kerana malu itu sebahagian dari Iman.. dan sifat malu itu dituntut agama..
Akan tetapi keadaan agama pada hari ini sangat dukacita sekali..wanita hari ini sudah hilang sifat malu. walaupun bukan kesemuanya namun, saya agak sedih kerana sudah dihantar belajar agama pun masih tidak ambil berat soal aurat.. diluar rumah pun haram ditonjolkan bentuk badan, biarpun menjemur pakaian dihalaman rumah masih tetap kena dijaga auratnya.. Ingat, wanita yang belum berkahwin dosanya ditanggung bapanya.. Jika bapanya sudah mati dan dia belum kahwin bagaimana? Tentu sahaja ketika dia sedang memperagakan auratnya di hadapan lelaki bukan mahram.. Bapanya sedang diseksa di dalam kubur.
1442 tahun lalu islam telah datang untuk mengangkat darjat wanita yang diperhinakan.. Jadi janganlah keadaan seperti sebelumnya berlaku lagi.. Wallahualam
Comments
Post a Comment