RUJUKLAH SIRAH SAHABAT DALAM MENGHUKUM JANGAN SAMPAI MENGHINA

 





.Soalan:Nak tanya. Jika perlakuan tu sudah dilaporkan kepada pihak Polis adakah kita boleh menyebarkan di laman sosial? Contohnya sy tangkap perogol dan serahkan pada polis. Adakah dibolehkan dalam Islam sy menangkap gambar perogol dan up dalam fb dan ig sy untuk awareness?


Jawapan:


Bismillahi Rohmani Rohim, semoga Allah mengadili mereka yang teraniaya dan dianiaya dan semoga mereka yang diuji dapat bertahan dan bersabar dalam ujian dunia ini.


Adapun pernah kita mendengar peristiwa ketika sayyidina Umar ra pernah berjalan tengah malam di dalam kota sewaktu dizaman beliau menjadi khalifah. Pernah suatu kali beliau telah singgah disuatu tempat dan telah mendapati dua orang pasangan sedang berzina di dalam sebuah tempah usang dan gelap di sebelah malam.. Ketika melihatnya Umar mendapati bahawa orang yang melakukan perbuatan tersebut merupakan individu yang dikenalinya.. Dia lansung terkejut.. Orang tersebut juga terkejut.. Sayyidina Umar lalu keluar meninggalkan tanpa berkata apa-apa.. Keesokkan dihadapan semua orang dalam perhimpunan Sayyidina Umar melihat orang tersebut juga hadir.. Orang tersebut melihat kepada Sayyida Umar dalam ketakutan(risau aib dibukakan dihadapan perhimpunan orang ramai) namun Sayyidina Umar berdiam. Keesokkan orang tersebut telah datang berjumpa Sayyidina Umar dalam keadaan menangis yang bersangatan dan telah bertaubat serta berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi..


Sayyidina Umar ra merupakan seorang yang dikenali dengan sifat yang sangat tegas sehingga syaitan tidak akan melalui jalan yang sama jika terhidu jalan yang pernah dilalui oleh Sayyidina Umar ra kerana takutnya kepada rohaniah ketakwaan sayyidina Umar kepada Allah swt..


Pernah suatu ketika sayyidina Umar meronda ditengah malam. Seorang kaki arak terlihat sayyidina umar.. Oleh kerana takut dicemeti oleh sayyidina Umar, maka dia telah berdoa "ya, Allah jika engkau tukarkan arak ini kepada cuka nescaya aku akan segera bertaubat.. Doanya diterima. Ketika Sayyidina Umar menghampirinya maka sayyidina Umar bertanya kepadanya.. Apakah ditangan mu maka dia dia berkata ini adalah cuka.. Lalu diambilnya sayyidina Umar lalu ia membukanya dan ternyata arak telah berubah menjadi cuka..


Begitu juga kisah yang masyhur dizaman Rasulullah seorang wanita di rejam kerana berzina.. Tiga kali dia datang bertemu Rasulullah mengaku dengan rela hatinya bahawa ia telah berzina.. Namun tetap juga Rasulullah menolak sumpahnya yang mengaku berzina.. Rasulullah menyuruhnya balik dan tunggu sehingga dia selesai melahirkan barulah dihukum.. Apa yang Rasulullah lakukan adalah seboleh-bolehnya untuk mengelak wanita tersebut di hukum.. Dan memberi peluang supaya wanita itu bertaubat. Sayyidina Umar Mengatakan bahawa jenazah wanita tersebut tidak selayaknya diuruskan mengikut islam kerana wanita Itu adalah pendosa. Maka katanya Rasulullah, wahai Umar sesungguhnya dia telah bertaubat dan menerima hukum Allah didunia di atas perbuatan maksiatnya.. Jika dibandingkan dirinya dengan penduduk madinah maka dia lebih mulia kerana Allah telah mengampuni seluruh dosanya disebabkan dia sedia menerima hukuman Allah di dunia..


Begitulah mafhumnya daripada kisah-kisah di atas..


Para Asatizah, para motivasi, influencer yang popular sekalian.. Banyak yang saya baca daripada penulisan artikel pada ketika ini ada yang positif dan negatif.. MasyaAllah penulisan kamu ada yang menyentuh hati para netizen dan sesetengahnya cuba untuk memecahbelahkan masyarakat.. Jika penulisan kamu kerana Allah maka tulislah kerana takutkan Allah.. Kerana setiap apa yang kita tuliskan atau perbicaraan yang kita ucapkan kesemuanya akan ditanya dan dihisab.. Katanya Nabi saw mafhumnya "takutilah doa orang yang di zalim, kerana doanya dengan Allah tiada hijab.. Wallahualam.


#ridathijau

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS