ADA MATA TAPI BUTA




Hanya mereka dibukakan hati dan berfikir menggunakan akal sahaja yang mengerti bahawa puak-puak kafir sudah lama mahu menghancurkan kita,akan tetapi kita tetap hanyut dan terleka. Apabila ada yang cuba memberi peringatan lalu diperlecehkan dan dipermalukan..


apakah kita ini hanya seperti lembu dicucuk hidung sahaja. Menurut membabi buta?


Sebagaimana mafhum dalam


 

Surah Al An'am. Ayat 25.

 

وَمِنۡهُمۡ مَّنۡ يَّسۡتَمِعُ اِلَيۡكَ‌‌ ۚ وَجَعَلۡنَا عَلٰى قُلُوۡبِهِمۡ اَكِنَّةً اَنۡ يَّفۡقَهُوۡهُ وَفِىۡۤ اٰذَانِهِمۡ وَقۡرًا ‌ؕ وَاِنۡ يَّرَوۡا كُلَّ اٰيَةٍ لَّا يُؤۡمِنُوۡا بِهَا‌ ؕ حَتّٰۤى اِذَا جَآءُوۡكَ يُجَادِلُوۡنَكَ يَقُوۡلُ الَّذِيۡنَ كَفَرُوۡۤا اِنۡ هٰذَاۤ اِلَّاۤ اَسَاطِيۡرُ الۡاَوَّلِيۡنَ 


Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu.


Saudaraku,Apakah kita takut untuk menyatakan kebenaran? 


Dimanakah Alim ulamak ketika agama ditindas??


Apakah Allah memilih kita semua untuk menjadi kaum pengecut??


Apakah pada hari dibangkitkan dipadang mahsyar apabila ditanya Allah 'apakah yang dilakukan oleh kita ketika agamanya diperhinakan?


Mahu jawab apa kita dihadapan Allah tuan-tuan?


Ketika agama sedang Nazak tiada yang mempedulikan.


Apakah selama ini kita melaungkan TAKBIR "ALLAHUAKBAR"itu satu kebohongan??


Saf solat masih berterabur seperti catur akan tetapi berdempet manusia ditempat yang lagha dibolehkan..


Jangan sampai Allah tambah azab bala pada kita.


Ketahuilah Allah akan timpakan azab diatas kepala si Alim yang tiada berkerut dahinya kerana kerisauan disaat agama Allah dipermalukan dahulu sebelum dikenakan ke atas yang lain..wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

DOA FAJAR

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

AKIDAH ASAS PEGANGAN ASWAJA