WAS-WAS DENGAN WAKTU YANG TEPAT PADA SOLAT SUBUH




Bismillahirrahmanirrahim pertama sekali sy ucapkan semoga diampuni dosa seluruh ummat islam..adapun keadaan sebelum ini solat subuh yg kita semua laksanakan adalah berdasarkan ijtihad para ulamak dan para mufti yg terdahulu..Mungkin ada ramai yang terkeliru dengan status SESEORANG sebelum ini..jika sekarang ini didalam taqwim bahawasanya ia diawalkan adalah bertentangan dgn waktu sebenar mengakibatkan solat subuh yang kita dah kerjakan sebelum ini adalah tidak SAH sebaiknya dirujuk dahulu kepada Perbadanan Ahli Ilmu Falak di Malaysia dan mereka kesemuanya bukanlah orang calang-calang yang dilantik dibawah Naungan Raja-raja Melayu bahkan kesemuanya mereka bertauliah..mengapa pula kita nak percaya kepada tukang NUJUM yang kita tidak tahu pun latar belakang status keilmuannya??sewaktu saya nak dapatkan Tauliah di pejabat Agama dulu macam-macam soalan ditanya dan bukanlah biasa-biasa..soalannya sukar diputar belitnya isu semasa dgn fekah yang sedia ada untuk menguji kefahaman ilmu yang ada.


Sungguhpun kita tahu mereka yg menjaga ilmu falak itu dibawah titah sultan..dan sultan merupakan ketua agama islam di malaysia..setiap keputusan memerlukan perkenan sultan..misalnya tanpa perkenan sultan surau tidak layak utk buat solat jumaat meskipun Sultan-sultan melayu ktk ini jarangnya yg alim namun mereka menentukan keputusan agama berdasarkan nasihat mufti kecuali dalam kes covid iaitu sultan ikut nasihat kkm dan mufti ikut nasihat sultan..begitu juga para Ahli Falak yang telah dilantik Sultan mereka tidaklah melaksanakan dan memutuskan ilmu tentang bulan dan bintang untuk menentukan waktu dan tarikh-tarikh penting ketika berada dibawah pokok nyiur dan juga dalam bilik yang gelap. akan tetapi mereka diletakkan di tempat strategik dan khas untuk melihat secara tepat bintang-bintang dilangit dan diberikan alat khas yang canggih...seperti yang kita semua maklum MAZHAB HANAFI memang solat Subuh di akhir-akhir waktu tapi takpela itu adalah ijtihad Imam Abu Hanifah akan tetapi jemaah-jemaah tabligh dari kalangan orang awam terikut-ikut pula dengan suasana disana bahkan kita sudah jelas mazhab Syafie dan mazhab hanafi ada yang BERBEZA..kita ni di Malaysia Mazhab rasmi adalah mazhab SYAFIE...Mengenai Guru-guru pondok sengaja lambatkan solat pula itu adalah tuduhan yang tidak kena kerana kita sudah tahu dipondok pelajarnya agak ramai dan kerenah manusia ni bermacam-macam..yang sudah kesana bukan terus masuk jadi alim..kekadang sudah Alim pun masih tidur terbaring di waktu subuh..kalau kita keluarga ramai pun ada anak 10 orang dan tandas cuma satu nak bergilir tunggu sorang-sorang selesai dari Tandas pun Kalut sehingga lambat solat subuh,inikan pula Pondok/Madrasah yang ada beratus-ratus pelajar dan tandas pun kekadang tidak cukup..


Adapun berbalik keadaan penerangan diatas adalah bahawasanya kata-kata seorang yg berpelajaran dlm bidang kemuftian namun beliau bukanlah yg dilantik oleh sultan..malah dia tidak boleh menjatuhkan fatwa utk seluruh negeri dan perkataan yg sebenarnya layak jadi rujukan adalah seorang mufti yg telah dilantik oleh kerajaan..jika benar keadaan ini mengapa dari dulu lagi seluruh ulamak malaysia tiada bersuara ttg hal ini???sebab itu kita lihat..mereka bukannya takut tetapi perkara yg mereka ketahui itu tidak perlu dipertikaikan kerana blh menyebabkan SALAH FAHAM dikalangan org awam dengan perkara yg telah disepakati pada jumhur ulamak..


Pada pernyataan ini jelas..hal itu hanya merupakan pendapat peribadi seseorang selebihnya ttg perkara tersebut yang hanya lebih mengetahuinya Adalah Allah.. Wallahualam


P/s: Gali ilmu rujuk Ulamak Semasa bukan Ikut yang Femos semata-mata dan ketika saya menulis ini saya berada di Masjid bukannya di dalam tandas sambil tunggu Coklat jatuh dalam lubang.


Gambar dari sebahagian kitab saya yg rosak(mengembang masuk air) ktk banjir 👇

Comments

Popular posts from this blog

DOA FAJAR

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

AKIDAH ASAS PEGANGAN ASWAJA