KATEGORI MURTAD




Pertama,Murtad Akidah (Murtad I'tiqadiyah: pegangan hati)


Orang yang murtad secara akidah sudah keluar dari Islam karena tidak lagi meyakini konsep keimanan dalam Islam. Misalnya, ia meragukan salah satu dari enam rukun iman dalam Islam, tidak lagi percaya terhadap pahala ataupun dosa,ataupun menghalalkan perilaku yang sudah diharamkan agama, seperti zina, pencurian, rompakan, tidak solat, tidak berzakat, dan lain sebagainya.iaitu dengan menafikan rukun islam keseluruhannya.


Yang kedua Murtad Perbuatan (Murtad Fi'liyah)


Perbuatannya dilakukan dengan melanggar perintah Allah dan menyimbolkan dirinya bukan bahagian dari Islam.cth pakai salib bagi menyatakan telah keluar drp islam ataupun juga dia menyembah berhala, menyembah matahari, menyekutukan Allah, dan terang-terangan melakukan hal-hal yang bukan bagian dari agama Islam.


Orang yang murtad akan melakukan tindakan di atas karena kesedarannya sendiri, bukan kerana tidak tahu (kebodohan). Jika ia tidak tahu atau dalam keadaan dipaksa, maka tidak boleh dikategorikan murtad.


Yang ketiga ialah Murtad dengan Ucapan (Murtad Qauliyah)


 Yakni dengan mengatakan "demi Allah aku telah keluar daripada islam".."demi Allah Al-Quran adalah kitab yang hina dan jijik".."Aku tidak percaya dengan islam,islam agama yang sesat" supaya orang yakin bahawa dia telah keluar agama serta

 menghina nama-nama Allah (Asmaul Husna).


Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS