HAJI YANG SIA-SIA
Mafhum sabda Nabi di akhir zaman nanti orang kaya pergi haji dengan niat untuk bersiar-siar..orang sederhana pergi haji dengan niat untuk berniaga dan orang miskin pergi haji dengan niat untuk minta sedekah.
(Terjemahan kitab fadhilat Haji-Maulana Zakaria Al-kandahlawi).
Hal ini jelas di lihat, rata-rata pergi ke mekah untuk berselfie,rakam situ,rakam sini..tawajuh pada ibadat ditolak ketepi..patutnya didepan kaabah kita berasa kehebatannya, bersyukur dan berlinangan air mata kerana dipilih untuk menjadi tetamunya Allah..pilihan satu dalam sejuta...
Ramai yang sekarang ini tidak faham makna pergi sana..ibarat seolah-olah pergi ke tempat sejarah untuk lihat barang peninggalan Nabi dan tempat yang Nabi pernah kunjungi..
Benarlah Kalam Allah disebut dalam surat Al-Kahfi (18) ayat 103-105 mafhumnya:
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا
''Katakanlah: Mahukah kamu, Kami beritahukan tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka menyangka telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang yang kafir(enggan) terhadap ayat-ayat Tuhan dan (kafir terhadap) perjumpaan dengan-Nya, maka terhapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan penimbangan amal bagi mereka pada hari kiamat.
Mereka menyangka telah berbuat ibadat padahal mereka telah mensia-siakan masa dengan membuat perkara yang tidak mendatangkan pahala bahkan ibadat mereka menjadi sia-sia sebagaimana mafhum sabdaan nabi dari Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”.(Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690)
Walaupun hadis tentang berpuasa namun isi makna tersiratnya lebih kurang sama seperti yang dikehendaki pada maksud pada petikan diatas..kerana keterangan isi kandungan hadis maknanya boleh disandarkan pada semua ibadat lain sekiranya ia dilakukan dalam keadaan lalai dan kurang menjaga adab ketika melaksanakan ibadat..
Semoga Allah memilih kita semua sebagai bakal-bakal haji dikemudian hari.. Wallahualam.
Comments
Post a Comment