KENAPA WANITA TAKUT KAHWIN
Saat ketika ini ramai wanita yang berumur 30 tahun keatas masih membiarkan diri tanpa bersuami disebabkan beberapa faktor alasan
1.Selesa hidup sendirian dan sudah mempunyai kerjaya yang tetap.
2. Ingin Menjaga Ibu bapa yang uzur kerana tidak sanggup berpisah kerana bimbang hilang komitmen terhadap penjagaan mereka.
3. Kecewa dengan perkahwinan lalu atau kecewa dengan rakan-rakan yang telah bercerai setelah ditindas/tidak bersedia secukupnya menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.
4. Sikap prejudis dengan merasakan dalam dunia ini sudah tidak ada lelaki yang boleh bertanggungjawab dengan menjaga mereka atau mudah curang terhadap pasangan.
5. Mahu menikmati kehidupan dahulu/ingin memuaskan hati dahulu sebelum berkeluarga kerana merasakan setelah berkeluarga sudah tidak boleh merasakan kehidupan bebas kerana harus memberi komitmen terhadap keluarga semata-mata.
6. Lebih memilih perkahwinan monogami kerana dirasakan perkahwinan poligami adalah seperti merampas kebahagiaan orang lain walaupun tahu jumlah bilangan nisbah laki-laki berbanding wanita adalah sedikit.
7. Menunggu atau terlalu memilih untuk mendapatkan calon yang diidamkan atau lebih sempurna daripada orang lain.
8. Merasakan dirinya terlalu lawa sehingga setiap yang datang meminang dirasakan tidak setaraf,rupa paras sederhana,dan juga menunggu yang betul-betul soleh sahaja datang melamarnya
9. Terlalu setia pada kekasih lama walaupun orang yang disukainya itu telah meninggal dunia, berkahwin dengan orang lain(dia menunggu orang tersebut bercerai dan berkahwin dengan dirinya) atau cintanya hanya bertepuk sebelah tangan namun dia berharap orang tersebut mengahwininya.
10. Sibuk mengejar ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat sehinggakan mengenepikan tuntutan untuk berkahwin.
Berdasarkan alasan-alasan inilah kebanyakkan wanita-wanita yang masih belum bernikah menggunakan alasan tersebut untuk mengelak daripada bernikah..namun kita sebagai orang islam tidaklah menolak bahawa ketentuan Allah iaitu jodoh,ajal, maut itu adalah dalam genggaman Allah...akan tetapi kita sebagai orang beriman hendaklah mempunyai keinginan untuk melaksanakan syariat Islam mengikut kemampuan dan berusaha untuk memenuhi tuntutan agama Allah s.w.t kerana nabi pernah bersabda seperti dalam mafhumnya..
Telah datang tiga lelaki bertemu dengan Nabi SAW, seorang dari mereka berkata,aku akan solat malam dan tidak tidur. Yang lain berkata, aku akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga berkata, aku tidak akan menikah dengan wanita. Nabi SAW menegur tindakan ketiga-tiga mereka. Sabda Nabi SAW,
أنا أصوم وأفطر، وأقوم وأنام، وأتزوج النساء، فمن رغب عن سنتي فليس مني
“Aku solat malam tapi juga tidur, aku berpuasa tapi juga berbuka, dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Sungguh pun demikian,kita sebagai ummat Nabi s.a.w perlu mencontohi daripada setiap perbuatan, percakapan baginda yang tidak putus-putus mendoakan ummatnya agar sentiasa dipelihara daripada keburukan dunia dan juga akhirat..hidup adalah ujian dan umur bukanlah suatu perjudian nasib.. kehidupan kita disini(dunia) telah Allah tetapkan dan yang paling penting kita berdoa agar seluruh kehidupan kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t..wallahualam
P/s: Allah Maha Kuasa,Maha mengaturkan semua makhluknya.
Comments
Post a Comment