LANGKAH UNTUK ELAK KENA SCAM IBADAH KORBAN LUAR NEGARA




1. Pastikan organisasi yang anjurkan program korban luar negara tu berdaftar.

Semak dulu sama ada syarikat yang tawarkan pakej tu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tak.

Buat carian pendaftaran SSM https://www.ssm.com.my/Pages/e-Search.aspx


2. Semak dan bandingkan pakej ibadah korban luar negara. semak dulu latar belakang syarikat penganjur dan review daripada orang ramai untuk dapatkan gambaran sebenar perkhidmatan untuk elakkan korang dari ditipu. 


3. Berhati-hati jika bayaran dibuat ke akaun individu tertentu. Bayar ke akaun syarikat shj. Buat semakan di website Polis : 

https://semakmule.rmp.gov.my/


4. Pastikan ada dokumen hitam putih. kontrak wakalah 


Kaedah scammer ibadah korban luar negara : 


1. Tawaran harga korban terlalu murah. Kadang2 satu harga untuk pelbagai negara.


2. Guna lembu korban yang sama

Kebiasaannya, sebelum penganjur sembelih seekor lembu, diorang akan tangkap gambar kad nama peserta (korang) bersama lembu sebagai bukti ibadah korban. Scammer sekadar gantikan nama perserta tu dengan peserta kumpulan lain kemudian tangkap gambar dari sudut yang berbeza.


3. Artis/ustaz/selebriti terkenal sebagai duta program

Scammer akan gunakan artis/ustaz/selebriti terkenal (kadang-kadang artis tu tak tahu pun gambar diorang digunakan) untuk raih kepercayaan pelanggan dan keluarkan testimoni.


Video dibawah adalah sekadar hiasan..

Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS