Posts

Showing posts from September, 2022

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

Image
  Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita diberi talab(keinginan) untuk kembali kepada fitrah iaitu keinginan untuk beragama...menimba ilmu dan menghampiri Ulamak. Sesungguhnya ia adalah perkara yang tidak sia-sia.. FOR BEGINNERS... Dalam kesungguhan kita mencari ilmu untuk melengkapkan asas fardhu ain pertama-tama yang wajib dibuat ialah 1. Tidak Usah Paksa Diri.. Kekadang sesetengah orang ketika diusia yang tua baru dapat hidayah..nak pulun ilmu habis-habisan... datangi majlis ilmu setiap masa,masuk pondok kerana nak kejar ilmu yang tidak dicari ketika usia muda.. ketahuilah kesihatan badan ada limit dia... ketajaman akal dan kekuatan diusia tua ada limit dia...kalau tak boleh hafal..cuba baca sahaja..tidak perlu memaksa yang penting tekun dan istiqamah sahaja untuk pergi belajar dan duduk didalam kelas serta fahami betul-betul apa yang diajar. 2. Jangan berguru dengan seorang sahaja... Ketahuilah dengan lebih banyak guru lebih banyak input yang kita dapat dan ...

SURAT UNTUK AHLI DUNIA

Image
  Kehadapan semua manusia yang mempunyai jiwa, Wahai ahli dunia, Sekarang kalian boleh katakan bahawa agama sama sekali tidak penting... tapi......setelah nyawa itu ditarik malaikat baru kamu tahu agama itu teramatlah PENTING.. Andai janin dalam perut seorang ibu ditanya apakah penting mata buatmu ketika didalam kandungan ibumu? adakah penting kakimu buatmu? Pasti mereka akan katakan bahawa ianya sama sekali tidak penting. Tapi.....ketika sudah terlahir kedunia baru sang janin tahu bahawa dia sudah berada di alam yang berbeza dari alam rahim yang di dudukinya kelmarin, maka barulah dia mengetahui bahawa mata dan kaki yang dia tidak peduli semasa berada di alam rahim sebelum ini menjadi sangat penting ketika sewaktu berada di alam dunia ini.  Begitu juga kita di dunia ini, kita akan ketahui kepentingan AGAMA bila kita sudah sampai di alam AKHIRAT, disana baru kita tahu solat itu untuk apa, zakat dan ibadah lain itu kepentingannya apa... Kerana di sana duit sudah tak penting......

IMAN SEORANG MUKMIN SEJATI BERADA DIANTARA TAKUT DAN HARAP

Image
Pernah sekali Imam Ghazali bersolat dirumahnya bersama adik dan ibunya sebagai makmum.. sewaktu itu Imam Ghazali masih belum lagi dikenali sebagai Ulamak Tasawuf bahkan beliau merupakan Alim besar dalam bidang Fekah dan adiknya pula merupakan seorang ulamak juga tapi tidak terkenal secara meluas seperti Imam Ghazali.. Akan tetapi adiknya ini lebih gemar mendampingi ulamak tasawuf... sehingga sampai suatu hari dia bersolat bersama ibunya di belakang Imam Ghazali... Ketika itu adiknya melihat darah keluar banyak dari tubuh Imam Ghazali lalu bermufaraqah dari solat bersamanya.. Setelah solat Imam Ghazali lansung bertanya sebabnya mengapa beliau bermufaraqah.. Lalu adiknya bertanya Wahai abangku sewaktu aku solat aku melihat darah banyak keluar daripada tubuhmu..adakah fikiran telah lalai ketika solat kerana memikirkan sesuatu? Maka, kerana takjub akan soalan itu telah merubah reaksi muka Imam Ghazali terhadap adiknya...lalu beliau memberitahu bahawa dia ada memikirkan permasalahan mengena...