IMAN SEORANG MUKMIN SEJATI BERADA DIANTARA TAKUT DAN HARAP
Pernah sekali Imam Ghazali bersolat dirumahnya bersama adik dan ibunya sebagai makmum.. sewaktu itu Imam Ghazali masih belum lagi dikenali sebagai Ulamak Tasawuf bahkan beliau merupakan Alim besar dalam bidang Fekah dan adiknya pula merupakan seorang ulamak juga tapi tidak terkenal secara meluas seperti Imam Ghazali..
Akan tetapi adiknya ini lebih gemar mendampingi ulamak tasawuf... sehingga sampai suatu hari dia bersolat bersama ibunya di belakang Imam Ghazali...
Ketika itu adiknya melihat darah keluar banyak dari tubuh Imam Ghazali lalu bermufaraqah dari solat bersamanya..
Setelah solat Imam Ghazali lansung bertanya sebabnya mengapa beliau bermufaraqah..
Lalu adiknya bertanya Wahai abangku sewaktu aku solat aku melihat darah banyak keluar daripada tubuhmu..adakah fikiran telah lalai ketika solat kerana memikirkan sesuatu?
Maka, kerana takjub akan soalan itu telah merubah reaksi muka Imam Ghazali terhadap adiknya...lalu beliau memberitahu bahawa dia ada memikirkan permasalahan mengenai darah haid wanita.. disebabkan itu fikirannya terganggu dalam solat...lalu dia bertanya "dengan Siapakah kamu belajar ilmu ini(Tasawuf).. sesungguhnya aku berhajat untuk bertemu dengannya dan menjadi muridnya..
Maka adiknya memberitahu bahawa gurunya tersebut merupakan tukang kasut dan tinggal di sekian..sekian tempat... ringkasnya cerita Imam Ghazali bertemu Syeikh tersebut lalu menjadi muridnya sehinggalah dia pun menjadi seorang yang Alim besar dalam bidang tasawuf... demikianlah yang kita dengar tentang ilmu yang dikarang oleh Hujjatul islam Syeikh Al-Imam Ghazali sebuah mutiara Ilmuan islam yang tiada tandingannya...
Namun beliau pernah berkata "seseorang yang belajar ilmu tauhid sahaja maka dia sesat, sesiapa yang belajar ilmu fekah sahaja maka dia sesat,dan sesiapa yang belajar ilmu tasawuf sahaja maka dia juga sesat..pelajarilah ketiga-tiga ilmu ini maka tidaklah kamu akan tersesat...
Usah lihat keburukan orang melebihi keburukan dirimu sendiri kerana ia akan menambah lagi sifat takabbur...
Maka, hendaklah sentiasa kamu berjemaah kerana meninggalkan jemaah itu sangat mudah kamu ditipu oleh syaitan..
Seperti mafhum sabdaan Nabi "kambing yang ketunggalan sangat senang diserang serigala..begitulah juga muslim yang terpisah daripada jemaah orang islam maka sangat senang dia disesatkan..
Memang susah nak jumpa orang yang mukhlis dan orang yang sempurna dalam dunia ini..akan tetapi jika niat nak mencari keaiban dan keburukan orang lain maka pasti akan kita temui dan jarang kita dapat melihat kebaikan orang lain kerana Allah sembunyikan..hal itu kerana Allah nak jaga hati orang yang berbuat kebaikan itu daripada RIAK...kita semua tak sempurna yang mempunyai SIFAT MAHA SEMPURNA adalah ALLAH AZZAWAJALLA..
SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KITA SEMUA DARI SIFAT DENGKI,TAKABUR DAN RIAK..
Comments
Post a Comment