SURAT UNTUK AHLI DUNIA

 



Kehadapan semua manusia yang mempunyai jiwa,


Wahai ahli dunia, Sekarang kalian boleh katakan bahawa agama sama sekali tidak penting...

tapi......setelah nyawa itu ditarik malaikat baru kamu tahu agama itu teramatlah PENTING..


Andai janin dalam perut seorang ibu ditanya apakah penting mata buatmu ketika didalam kandungan ibumu? adakah penting kakimu buatmu? Pasti mereka akan katakan bahawa ianya sama sekali tidak penting.


Tapi.....ketika sudah terlahir kedunia baru sang janin tahu bahawa dia sudah berada di alam yang berbeza dari alam rahim yang di dudukinya kelmarin, maka barulah dia mengetahui bahawa mata dan kaki yang dia tidak peduli semasa berada di alam rahim sebelum ini menjadi sangat penting ketika sewaktu berada di alam dunia ini. 


Begitu juga kita di dunia ini, kita akan ketahui kepentingan AGAMA bila kita sudah sampai di alam AKHIRAT, disana baru kita tahu solat itu untuk apa, zakat dan ibadah lain itu kepentingannya apa... Kerana di sana duit sudah tak penting...harta sudah tidak penting..pangkat dan nama juga sudah tidak penting....


Makanan yang dimakan sudah jadi baja...

Harta dikumpul jadi milik orang semuanya..

Isteri sudah kahwin dengan orang lain..

Anak-anak berebut dan bergaduh kerana berebutkan harta..


Dahulu Naik kereta Lamborghini...

Sekarang diusung cuma pakai keranda..

Kawan-kawan semua cabut lari...

Semua orang pun dah peduli...


Sebab itu masyaikh tabligh selalu cerita


"DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT SELAMANYA.


Mohon beringat buat semua...kematian boleh datang bila-bila masa.. Wallahualam.



Comments

Popular posts from this blog

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS