JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS
Ketika malaikat memanggil nama Juhainah, semua penghuni neraka menangis. Juhainah adalah orang terakhir yang keluar dari neraka dan paling akhir pula masuk ke syurga.
Seluruh penduduk neraka akan menangis ketika Juhainah telah dipanggil masuk ke syurga sekaligus menjadi petanda bahawa mereka yang tersisa akan kekal buat selamanya di dalam neraka.
Dengan masuknya Juhainah ke dalam syurga maka tidak ada harapan lagi bagi penduduk neraka untuk dikeluarkan darinya setelah Juhainah dipanggil oleh malaikat untuk memasuki syurga.
Kisah Juhainah ini telah diterangkan dalam hadis yang dinukil dari Kitab An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim oleh Ibnu Katsir.
Imam Daruquthni menyatakan dalam kitabnya, "Para perawi dari Malik dan al-Khatib al-Baghdadi dari Abdul Malik bin Hakam, Malik menuturkan kepada kami dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
'Sesungguhnya, orang yang terakhir masuk syurga adalah seorang lelaki dari suku Juhainah bernama Juhainah.' Penghuni syurga lalu berkata, 'Juhainah memiliki khabar yang yakin. Tanyakanlah kepadanya, apakah masih ada yang tersisa dari para makhluk(di dalam neraka)?'"
Namun, riwayat tersebut dikatakan tidak sah(jelas) disandangkan kepada Imam Malik sebab tidak diketahui para perawinya. Demikian pula berbeza pendapat dari Imam as-Suhaili menyebutkan hadis tersebut dalam kitabnya dan tidak menganggapnya lemah.
Justeru pendapat lain yang disebutkan dari Imam as-Suhaili, bahawa orang yang terakhir keluar dari neraka tersebut ialah bernama Hanad.
Dikisahkan dalam riwayat mengatakan bahawa penduduk neraka akan menangis kerana Juhainah telah dipanggil masuk ke syurga. Hal itu menjadi khabar bahwa penduduk neraka yang tersisanya akan kekal di dalamnya dan tidak akan ada harapan lagi bagi mereka untuk berpindah memasuki syurga.
Imam Syamsuddin Al-Qurtubi dalam Kitab At-Tazkirah Jilid 2 turut menerangkan orang orang yang terakhir keluar dari neraka sekaligus menjadikan yang terakhir masuk syurga.
Menurut hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Abdullah bin Mas'ud RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
"Sesungguhnya aku benar-benar tahu penghuni neraka yang terakhir keluar darinya, dan penghuni neraka yang terakhir masuk syurga, iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dengan(keadaan)merangkak. Maka Allah Ta'ala berkata, "Pergilah dan masuk ke dalam syurga."
Orang itu pun datang ke syurga, akan tetapi terbayang olehnya bahawa syurga telah penuh. Maka ia berkata, "Ya Tuhanku, hamba dapati syurga telah penuh." Allah SWT berkata lagi, "Pergilah dan masuklah ke dalam syurga."
Ia pun pergi ke syurga dan terbayang lagi bahawa syurga telah penuh, maka ia balik seraya berkata, "Ya Tuhanku, hamba dapati syurga telah penuh."
Maka, (sekali lagi) Allah SWT berkata, "Pergilah dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya kamu akan memperoleh sepuluh kali lipat dunia."
Kemudian orang itu berkata, "Apakah Engkau mengejekku?" Atau, "Engkau mentertawakan hamba, padahal Engkau Raja?"
Abdullah bin Mas'ud RA menambahkan dengan berkata, "Saya sungguh-sungguh melihat Rasulullah SAW tertawa sampai tampak gigi-gigi gerahamnya, beliau bersabda,
"Mengenai orang itu dikatakan, 'Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya.'" (HR Muslim).
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment