APA PATUT SAYA BUAT DALAM MASJIDIL HARAM


Adab & Amalan Ketika Masuk Masjidil Haram


1. Berwudhu sebelum masuk.



2. Masuk dengan kaki kanan sambil baca doa masuk masjid:

“Bismillahi wassalatu wassalamu ‘ala Rasulillah. Allahummaghfir li dzunubi, waftah li abwaba rahmatik.”



3. Hentikan percakapan dunia – fokus pada ibadah dan zikir.



4. Bila ternampak Kaabah buat pertama kali, berdoa kerana waktu ini doa mustajab.


Ulama sebut: tiada doa khusus, tapi boleh minta hajat dan keampunan.








Amalan Khusus Umrah


Jika masuk untuk menunaikan umrah:


*Niat ihram (berniat di miqat).



*Tawaf – 7 pusingan mengelilingi Kaabah bermula dari Hajar Aswad.


*Setiap kali sampai ke Hajar Aswad: Bismillah, Allahu Akbar.


*Bacaan zikir atau doa bebas sepanjang tawaf.




*Solat sunat tawaf – 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim (jika sesak, boleh di mana-mana dalam masjid).



*Sa’ie – antara Safa dan Marwah (7 kali).


*Mula di Safa: baca ayat 158 Surah al-Baqarah, zikir, dan doa di atas bukit.




*Tahallul – cukur atau potong rambut (lelaki lebih afdhal cukur licin, wanita potong sedikit hujung rambut sekurang-kurangnya 3 helai).







Amalan Umum Ketika Berada di Masjidil Haram


*Solat Fardu Berjemaah – Ganjaran 100,000 kali ganda.


*Solat Sunat – Solat mutlak, tahiyyatul masjid (dengan tawaf) atau sunat lain.


*Baca al-Qur’an – Masjidil Haram adalah tempat paling afdhal untuk tilawah.


*Perbanyakkan doa di Multazam – Ruang antara Hajar Aswad & pintu Kaabah.


*Minum air zamzam sambil niat yang baik, baca doa:

*“Allahumma inni as’aluka ‘ilman nafi‘an, wa rizqan wasi‘an, wa shifa’an min kulli da’.”


*Zikir & Selawat – Sentiasa hidupkan lidah dengan tasbih, tahmid, takbir, tahlil.


*Bersedekah – Memberi makan/minum kepada jemaah lain.





Perkara yang Perlu Dijaga


*Jangan bersesak untuk mencium Hajar Aswad hingga mencederakan orang. jika terlekat bau wangian dari cadar kaabah cepat-cepat pergi basuh kerana takut kena dam(denda) dendanya bayar seekor kambing.


*Elak berebut saf dan bercakap kuat.


*Sentiasa awasi barang berharga.


*Hormati petugas masjid & jemaah lain dari pelbagai negara.


*Jaga Tutur kata kerana dalam masjidil haram setiap doa boleh makbul.. doa yang baik-baik sahaja dan bercakap yang baik-baik sahaja.



Comments

Popular posts from this blog

DOA FAJAR

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

AKIDAH ASAS PEGANGAN ASWAJA