CHECKLIST PERSIAPAN UMRAH
Bagi bakal-bakal tetamu Allah..jom semak dulu keperluan yang perlu disediakan sebelum terbang ke tanah suci :
✅ 1. Persediaan Dokumen
* Pasport (tempoh sah ≥ 6 bulan)
* Visa umrah
* Tiket penerbangan & jadual perjalanan
* Kad pengenalan (dan salinan)
* Kad vaksin (jika perlu)
* Wang tunai Riyal & kad debit/kredit antarabangsa
* Kad hotel & nombor bilik (atau simpan gambar di telefon)
✅ 2. Persediaan Rohani
* Belajar rukun & wajib umrah
* Hafal atau bawa buku doa & panduan umrah
* Banyakkan selawat & istighfar sebelum berangkat
* Selesaikan hutang / minta maaf dengan keluarga & sahabat
* Senaraikan doa untuk ahli keluarga & sahabat
* Latihan berjalan kaki 3–5 km sehari
✅ 3. Pakaian & Kelengkapan
Lelaki:
* 2 set kain ihram
* Tali pinggang ihram
* Pakaian longgar selepas ihram
Wanita:
* Telekung & tudung labuh
* Jubah longgar
* Stoking & sarung tangan nipis
Umum:
* Selipar/ sandal tahan lasak untuk tawaf & sa’ie
* Kasut biasa untuk keluar hotel
* Pakaian tidur
* Baju sejuk (jika musim sejuk)
* Beg kecil untuk ke masjid
✅ 4. Barang Ibadah & Kesihatan
* Spray wudhu kecil
* Botol kecil untuk air zamzam
* Tasbih atau kaunter zikir
* Mask muka & sanitizer tangan
* Tisu basah & kering
* Ubat peribadi (selsema, batuk, sakit perut, plaster kaki, minyak angin)
* Losyen bebas wangian
* Cermin mata hitam (jika siang panas)
✅ 5. Tips Penting
* Jaga larangan ihram (jangan guna wangi-wangian, potong kuku, tutup kepala lelaki)
* Datang awal ke masjid
* Minum air zamzam secukupnya
* Jaga kebersihan & adab dengan jemaah lain
* Sentiasa bawa kad hotel untuk elak sesat

Comments
Post a Comment