KISAH HABIBUN NAJJAR KISAH DARI SURAH YASSIN
Terdapat di dalam Surah Yasin, sebuah kisah di Negeri Antakia yang terletak di sempadan Syria-Turki mengisahkan seorang pemuda yang syahid.
Allah SWT mengutuskan rasul-rasul untuk menyebarkan dakwah Islam, namun tidak dipercayai oleh penduduk-penduduk di negeri tersebut.
Mereka mengejek dan mempersendakan rasul-rasul utusan Allah SWT tersebut.
Berita ini diketahui oleh seorang tukang kayu yang beriman bernama Habib al-Najjar, lalu dia terus pergi untuk menasihati penduduk negeri itu untuk mengikuti rasul-rasul tersebut.
Ayat 20 Surah Yasin menceritakan:
"Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki dengan bergegas..."
Lelaki ini menurut kebanyakan ulama tafsir ialah Habib an-Najjar, seorang tukang kayu atau tukang ukir patung (pada awalnya hidup dalam kesyirikan, kemudian beriman).
Beliau berlari dari hujung kota kerana mendengar bahawa para rasul sedang diancam.
Katanya:
"Wahai kaumku! Ikutlah para utusan itu. Ikutlah orang yang tidak meminta upah daripadamu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Yasin: 20–21)
Apabila melihat respon penduduk yang degil, Habib al-Najjar lantas mengisytiharkan dirinya beriman dengan ajaran rasul-rasul tersebut.
Lantas penduduk negeri tersebut menangkap Habib dan memijaknya beramai-ramai sehingga terkeluar usus.
Al-Quran menceritakan bahawa sebaik sahaja dia masuk ke alam barzakh, dia bercakap lagi sehingga Habib al-Najjar ini di gelar ahli pidato alam dunia dan alam barzakh.
"Kaum aku tak tahukah aku di mana sekarang?"
Itulah ucapan Habib al-Najjar di alam barzakh. Beliau dianggap seorang syahid yang paling afdhal.
Setelah wafat, beliau terus mendapat berita gembira dimasukkan ke dalam syurga.
Beliau berkata:
"Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui, bahawa Tuhanku telah mengampuniku dan menjadikan aku termasuk orang yang dimuliakan." (Yasin: 26–27)
(surah yasin ayat 13-27)
Pelajaran Penting
Keberanian dalam dakwah – Habib an-Najjar datang berlari dari hujung kota untuk mempertahankan kebenaran walaupun nyawanya terancam.
Ikhlas – Para rasul yang beliau bela tidak meminta upah, hanya menyeru kepada Allah.
Pengorbanan – Nyawa dan kedudukan dunia tidak sebanding dengan ganjaran syurga.
Kasih sayang – Walaupun dibunuh kaumnya, beliau masih mengharapkan agar mereka tahu nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Comments
Post a Comment