Posts

TIDAK JADI DIBUNUH KERANA SERING SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Image
  Kezaliman Hajjaz bin Yusuf As-Tsaqafi amat terkenal dalam sejarah Islam khususnya kisah kepungan dan serangan terhadap Makkah hingga merosakkan Kaabah. Ini kerana al-Hajjaj diperintahkan oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan selepas sahabat RA, Abdullah ibnu Zubair RA mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Makkah pada 64 Hijrah. Beliau juga tidak segan untuk membunuh sesiapa yang menghalang dan menentangnya walaupun ianya daripada kalangan para sahabat ataupun dikalangan para ulama tabiin. Ramai dikalangan Para Ulamak yang menentangnya lansung di bunuh. Namun, terdapat suatu kejadian aneh dilakukan oleh Hajjaj kepada musuhnya iaitu beliau akan menanyakan orang ramai sebelum menangkap dan membunuh lawannya bahawa dimanakah si fulan itu bersolat Subuh? jika didapati oleh orang ramai bahawa si fulan yang menjadi musuhnya tidak kelihatan bersolat subuh di Masjid secara berjemaah maka tindakan bunuh akan dilakukannya. Para pembesar sekelilingnya kehairanan dengan tindakan dirinya..menga

MUTHI'AH : WANITA PERTAMA MEMASUKI SYURGA

Image
Suatu hari ketika Rasulullah sedang melayani puteri kesayangannya, Fatimah. Baginda bersabda, “Wahai anakandaku! Ketahuilah olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu.” Mendengar kata-kata ayahandanya, serta- merta berubahlah air muka Fatimah. Lalu dia bertanya kepada baginda sambil menangis, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, bagaimana keadaannya dan bagaimana pula amal ibadahnya sehingga dia terlebih dahulu masuk syurga daripada anakanda? Khabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu berjumpa dengannya.”  Lalu Rasulullah menjelaskan, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pendalaman berdekatan Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi'ah.” Tanpa membuang masa, setelah mendapat keizinan dari ayahandanya, Fatimah pun terus keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah itu. Setelah bertanya kepada penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan men

JUHAINAH: NAMA YANG MEMBUAT PENDUDUK NERAKA MENANGIS

Image
  Ketika malaikat memanggil nama Juhainah, semua penghuni neraka menangis. Juhainah adalah orang terakhir yang keluar dari neraka dan paling akhir pula masuk ke syurga. Seluruh penduduk neraka akan menangis ketika Juhainah telah dipanggil masuk ke syurga sekaligus menjadi petanda bahawa mereka yang tersisa akan kekal buat selamanya di dalam neraka. Dengan masuknya Juhainah ke dalam syurga maka tidak ada harapan lagi bagi penduduk neraka untuk dikeluarkan darinya setelah Juhainah dipanggil oleh malaikat untuk memasuki syurga. Kisah Juhainah ini telah diterangkan dalam hadis yang dinukil dari Kitab An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim oleh Ibnu Katsir. Imam Daruquthni menyatakan dalam kitabnya, "Para perawi dari Malik dan al-Khatib al-Baghdadi dari Abdul Malik bin Hakam, Malik menuturkan kepada kami dari Nafi', dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: 'Sesungguhnya, orang yang terakhir masuk syurga adalah seorang lelaki dari suku Juhainah bernama Juhainah.

HILANGNYA PARA ULAMAK DI ATAS BUMI

Image
Teringat saya dulu masa daurah kitab "Alamatus Saah" dengan Almarhum Habib Abu Bakar Al-Adni ditempat saya belajar iaitu Ribat Fatah, Seiyun, Hadralmaut... Antara pesanannya ketika membacakan kitab tersebut.. beliau mengatakan bahawa ilmu yang pertama akan diangkat daripada dunia ini adalah Ilmu "FARAID" yang keduanya adalah Ilmu mengenai permasalahan Wanita Iaitu tentang "HAID dan NIFAS setelah itu barulah Ilmu-ilmu yang lain.. Ulamak-ulamak besar dunia bersepakat bahawa maksud diangkat ilmu tersebut adalah dimatikan oleh Allah akan Ulamak-ulamak tersebut yang setelahnya tidak tertinggal pun mereka yang Faqih( benar-benar faham) tentang ilmu tersebut.. Hal keadaan itu begitu jelas sehingga Allah memperlihatkan satu persatu dihadapan saya Ulamak-ulamak yang begitu Warak dan Faqih itu dipanggil menghadap Allah.. Kehilangan Ulamak adalah ibarat Kehilangan sebuah permata...Ulamak adalah penghias dunia,sebagai lampu menerangi kegelapan.. Nabi SAW bersabda mafhumnya

KECEWA KAHWIN BERTAHUN-TAHUN TAPI BELUM DAPAT ANAK

Image
  Ada Pasangan bercerita dia dan suami sudah lapan tahun berkahwin...lama menunggu zuriat tak dapat-dapat..sudah habis puluhan ribu dihabiskan untuk ikhtiar dengan pelbagai rawatan tradisional dan moden..namun tetap tak dapat..dapat... Sehinggalah suatu hari dia singgah di sebuah masjid untuk solat asar...masa tu orang dah habis solat...dia bermusafir kerana sebuah urusan...saat dia mahu naik ke ruang solat terlihat ada seorang perempuan tua yang sedang cuba menghabiskan wirid-wiridnya.. Dia cuba untuk tidak melengahkan masa terus solat..selesai solat, Perempuan tua itu menghampirinya lalu bertanya "Anak ni Makcik tak pernah tengok sebelum ni dekat sini. datang daripada mana? Dia pun cakap dia sebenarnya Misi bidan baru dekat kampung ni..baru je pindah sini.. Makcik tadi menambah minatnya lagi lalu bertanya lagi.. "Anak ni dah bersuami ke? Dia pun jawab "dah makcik, lapan tahun..tapi belum rezeki dapat anak lagi.. Makcik tu terus cakap "takpelah itu kan takdir Allah

PADA YANG BARU NAK BERHIJRAH DISINI ADA NASIHAT

Image
  Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita diberi talab(keinginan) untuk kembali kepada fitrah iaitu keinginan untuk beragama...menimba ilmu dan menghampiri Ulamak. Sesungguhnya ia adalah perkara yang tidak sia-sia.. FOR BEGINNERS... Dalam kesungguhan kita mencari ilmu untuk melengkapkan asas fardhu ain pertama-tama yang wajib dibuat ialah 1. Tidak Usah Paksa Diri.. Kekadang sesetengah orang ketika diusia yang tua baru dapat hidayah..nak pulun ilmu habis-habisan... datangi majlis ilmu setiap masa,masuk pondok kerana nak kejar ilmu yang tidak dicari ketika usia muda.. ketahuilah kesihatan badan ada limit dia... ketajaman akal dan kekuatan diusia tua ada limit dia...kalau tak boleh hafal..cuba baca sahaja..tidak perlu memaksa yang penting tekun dan istiqamah sahaja untuk pergi belajar dan duduk didalam kelas serta fahami betul-betul apa yang diajar. 2. Jangan berguru dengan seorang sahaja... Ketahuilah dengan lebih banyak guru lebih banyak input yang kita dapat dan lebi

SURAT UNTUK AHLI DUNIA

Image
  Kehadapan semua manusia yang mempunyai jiwa, Wahai ahli dunia, Sekarang kalian boleh katakan bahawa agama sama sekali tidak penting... tapi......setelah nyawa itu ditarik malaikat baru kamu tahu agama itu teramatlah PENTING.. Andai janin dalam perut seorang ibu ditanya apakah penting mata buatmu ketika didalam kandungan ibumu? adakah penting kakimu buatmu? Pasti mereka akan katakan bahawa ianya sama sekali tidak penting. Tapi.....ketika sudah terlahir kedunia baru sang janin tahu bahawa dia sudah berada di alam yang berbeza dari alam rahim yang di dudukinya kelmarin, maka barulah dia mengetahui bahawa mata dan kaki yang dia tidak peduli semasa berada di alam rahim sebelum ini menjadi sangat penting ketika sewaktu berada di alam dunia ini.  Begitu juga kita di dunia ini, kita akan ketahui kepentingan AGAMA bila kita sudah sampai di alam AKHIRAT, disana baru kita tahu solat itu untuk apa, zakat dan ibadah lain itu kepentingannya apa... Kerana di sana duit sudah tak penting...harta sud