Posts

Showing posts from June, 2021

KELUARGA: TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI YANG RAMAI TAK TAHU

Image
  Setelah bernikah tanggungjawab nafkah zahir mahupun batin wajib ditunaikan oleh semua lelaki yang telah bergelar suami. Islam amat menekankan tanggungjawab terhadap kedua-dua pasangan supaya mereka dapat hidup dalam keadaan hormoni dan penuh kasih sayang. Walaupun begitu masing-masing sama ada suami ataupun isteri mempunyai tanggungjawab yang khusus terhadap pembinaan rumahtangga yang harmoni.  Dia antara tanggungjawab seorang suami kepada isterinya sesudah berkahwin ialah  1. Memberi Mahar  “sebaik-baik mahar adalah mahar yang paling mudah (ringan).” (HR. al-Hakim : 2692, beliau mengatakan “Hadits ini sahih berdasarkan syarat Bukhari Muslim  2. Nafkah, pakaian & tempat tinggal mafhum Firman Allah SWT berikut: اَسْكِنُوْهُنَّ مِنْ حَیْثُ سَكَنْتُمْ مِّنْ وُّجْدِكُمْ… Artinya “Tempatkanlah mereka (para istri) di mana kamu (suami) bertempat tinggal menurut kemampuan kamu,…” (QS. Ath Thalaaq: 6) 3. Menggauli isteri secara baik. Mafhumnya  Firman Allah da...

ULAMAK HAQ PERLU DIMULIAKAN,JAUHI ULAMAK SUU KERANA MEREKA SUKA MENGUTUK

Image
Dalam Kitab dibawah Ini Pada Muka Surat 4 Dinyatakan Dalam Fasal Fadhilat Ilmu. Maksud Hadis: (Boleh Baca Matan Hadis/ Terjemahan Jawi) Bahawa sebahagian daripada manusia memasuki syurga semata² (secara mudah), maka ditanya (oleh sahabat) Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?.. Sabda Nabi SAW: Yaitu mereka yang ade pada hatinya perasaan kasih akan " ULAMA' " sekadar besar zarah, & Terdapat juga sebahagian manusia memasuki neraka semata² ( mudah ). Ditanya Rasulullah, Siapakah mereka itu? Jawab Nabi SAW: Yaitu mereka yang ade pada hatinya perasaan benci pada " ULAMA' " sekadar sebesar zarah. Sayangilah Ulama'  & Berdampinglah Dengan Para  Ulama' ,Orang² Alim Soleh & Solehah.  Semoga Allah Pelihara Kita Semua. Gambar dari kitab Matla Bardain M/s 4  

TUDUNG : PERKARA YANG ORANG PEREMPUAN SELALU TERLEPAS PANDANG

Image
 Perkara yang orang perempuan bertudung tak jaga dan kurang ambil perhatian.  1. Rambut keluar sehelai, dua helai di celah-celah tudung. 2. Bila pakai tudung bawal kancing tak habis, akhirnya terbuka juga nampak leher. 3. Pakai tudung kecil lepas tu pakai baju berlengan pendek. 4. Bertudung tapi pakai baju dan seluar ketat-ketat 5. Bertudung tapi pakai baju ada huruf "seolah-olah nak orang baca perkataan didada dia. 6. Pakai tudung tapi berbelit-belit dekat leher bukan nak cover dada tapi nak buat hiasan kat tengkuk 7. Kalau anda belit rambut pakai shawl atau tarbus jangan mengaku-ngaku bahawa itu tutup aurat. Ingat seorang perempuan boleh menarik empat laki-laki ke dalam neraka 1. Ayah 2. Saudara lelaki 3. Pak Saudara 4. Suami Jangan lupa juga stokin kaki kena pakai kerana kaki pun aurat dan jangan selak kain baju sehingga nampak lengan.. pergelangan tangan dan muka je boleh nampak. 

HAL INI TERJADI SEBELUM KIAMAT

Image
 Sebuah ikhtibar dan peringatan akhir zaman Drama dulu-dulu Ayah: ayah nak kau kahwin dengan pilihan ayah. Anak: tapi ayah saya dah ada pilihan saya sendiri. Ayah: ahh, ayah tak kira, kau tetap kena kahwin juga dengan pilihan ayah, titik... Drama sekarang Ayah: ayah ada seorang calon untuk kamu nak, baik pemudanya. Anak: maaflah ayah saya dah ada pilihan saya sendiri. Ayah: erm, takpela nak. Ayah tak kisah mana-mana, yang penting kau bahagia. Zaman akan datang Anak: ayah saya mengandung.  Ayah: takpela nak, mengandung je pun, tak suka boleh gugurkan. Mafhum sabdaan nabi "sebelum habisnya tanda kiamat yang besar #zina itu berleluasa sehingga orang di anggap paling baik dikalangan mereka mengatakan" buatlah di tempat lain jangan di tempat khalayak ramai"... Allahu...rosaknya akidah mereka sehingga dianggap zina itu perkara biasa.. Dalam mafhum hadis yang lain nabi bersabda "kehancuran(kiamat) dunia berlaku ketika manusia yang paling jahat mendiam i di atas muka bumi...

HARAM ORANG ISLAM SAMBUT PERAYAAN AGAMA LAIN

Image
 مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)] HAREY SAMBUT KRISMAS ADIK KAKOK WEH BIAR RETI GETEK.. RAYO KITO ADO BANYOK DOH KEY.. GLENYA HOP ORE BAKPO, MAULIDUR RASUL ADO,KACAU SURO ADO, NISFU SYAABAN ADO, RAYA POSO ADO, RAYO HAJI ADO, MAAL HIJRAH ADO, ISRAK MIKRAJ ADO, NUZUL AL-QURAN KITO ADO BANYOK KARO DOH DALAM UGAMO KITO... Kalu pun dia best fren sekalipon, bila dia ajok pegi jela.. Cuma bila dia hidang daging babi goreng masak sweet sour mu jangey makan, kalu dio tawar mu minum arak royak ugama ambo haram telan.. Pah bilo duk menyembah mu tengok sajola jange duk ikut.. Bila puak dia pakai pakaian agama sep dio.. Mu pakaila baju melayu, kurta ko juboh atau baju kurun...

FITNAH BESAR BILA ORANG AWAM DAH PANDAI BERI FATWA

Image
 Tadi duk dengar dua orang sedang berbual Lelaki 1: panjang bulu ketiak mu.. Meh aku bakar dengan lighter ni.  Lelaki 2 : Gila mu bakar HARAM bodoh.. Kalu cukur takpa. Lelaki 1: iye Haram??  Lelaki 2: yelaa(dengan kompennya) HARAM la buat begitu.. Mu jangan buat begitu.. Dah hukum kata HARAM takkan nak kata Halal pulak. Saya: (cuma diamkan diri.. Malas nak layan) Pengajaran: nasib baik dalam hal biasa yang tidak dianggap berat pada agama.. Kalaulah dia bercakap dalam hal perkara dalam sembahyang. yang sunat jadi wajib, yang wajib jadi makruh.. Boleh punahhh segala-galanya.. Nasihat saya, tak tahu jangan buat-buat tahu.. Carilah guru... Wallahualam

SIAPA CAKAP SEMUA MASUK NERAKA?

Image
Benarkah kesemua Wanita akan masuk Neraka?  يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ، تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الِاسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ : وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرُ أَهْلِ النَّارِ ؟ قَالَ : تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ Mafhumnya : “Wahai sekelian kaum perempuan hendaklah kamu bersedekah dan banyakkan istighfar. Maka sungguhnya aku lihat kebanyakkan kamu adalah penghuni neraka. Maka berkata kaum perempuan tersebut : Dengan sebab apa wahai Rasulullah kami ramai masuk neraka? Jawab baginda : Sebab kamu suka mencela dan mengkufuri nikmat hidup.” (Hadith Muslim) Nak tafsir hadis jangan terjemah dengan hanya semata-mata mengetahui makna.. Ilmu bahasa arab pun perlu dititik berat juga.. Hadis ini diriwayatkan oleh sahabah wanita yang bernama zainab al-ansori yang meminta nabi memberi nasihat kepada kaum wanita.. Apakah yang boleh difahami daripada hadis ini adalah pada perkataan "kebanyakkan(...

BERITA PANAS: MENOLAK FAHAMAN LIBERAL TENTANG CAPAL NABI

Image
“Dari ‘Abis bin Robi’ah, ia berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar (bin Al Khottob) mencium hajar Aswad. Lantas ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu” (HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270). Kes capal selalu aja dijadikan isu, taksubla, fanatikla, khurafatla... Itu adalah cara permikiran yang tidak Profesional dalam diri manusia yang normal.. sebenarnya tidak ada masalah jika hanya sekadar bertabaruk sahaja.. yang rajin kelirukan orang awam pasal ini kenapa??sedang hal kelab judi, rumah pelacuran, seks bebas, dan gejala sosial lain tu senyap saja? dan Untuk apa dibangkitkan isu ini sehingga menyebabkan orang awam kebingungan lagi? Tuan-tuan perlu tahu jika orang melukisnya pada baju atau pada dinding itu cuma simbol untuk bertabaruk dan hiasan semata-mata. sebagaimana mafhum firman Allah SWT: لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَ...

MENJAWAB TENTANG PERSELISIHAN TENTANG AZAN & IQAMAT

Image
Assalamualaikum ustaz...apa hukum tidak azan baru solat berjemaah.terus iqamat sahaja.tapi bukan di surau cuma di tempat kerja shaja.ada kawan cakap tak boleh .mesti azan dulu .nanti di soal kita di akhirat macam mana? Waalaikummussalam. Terima kasih kerana sudi bertanya pada saya. Azan adalah syiar kepada solat yang akan dikerjakan.. Apakah hukum azan itu wajib? Jika wajib sesiapa yang tidak melakukannya adalah berdosa besar...😢 Azan adalah termasuk perkara sunat sebelum solat.. dan takrif hukum sunat bila buat dapat pahala tak buat tak berdosa. Walaupun hukumnya begitu, azan dikira penting juga kerana azan menandakan panggilan dan syiar kepada kita untuk menunaikan perintah Allah.. Bila orang terdengar azan mereka akan pergi menunaikan solat.. Kekadang ada orang terlewat solat disebabkan suara azan tidak kedengaran.. Seperti dibulan ramadhan.. Bunyi Azan seolah-olah menjadi suatu kemestian.. Biarpun orang dah tau waktu berbuka jam berapa.. mengikut kalendar.. Tetapi kita tetap juga ...

KENALKAH KAMU AKAN AL-MAHDI YANG SEBENAR DAN ADAKAH AL-MAHDI(MUHAMMAD BIN ABDULLAH) YANG MEMBUNUH DAJJAL?

Image
Sebagaimana yang diterangkan dalam mafhum hadis ada banyak kisah yang menceritakan tentang kebangkitan Al-mahdi sebagai contoh : “Jika kalian melihatnya, maka bai’atlah dia! Walaupun dengan merangkak di atas salji, karena sesungguhnya dia adalah khalifah Allah al-Mahdi.” (HR. Ibn Majah 4222, Hakim dalam al-Mustadrak 4/463, dishahihkan Hakim dan disetujui adz-Dzahabi. Dan Sanadnya dinilai kuat dan shahih oleh Ibnu Katsir). Ibnu Katsir menjelaskan hadis ini, والمقصود أن المهدي الممدوح الموعود بوجوده في آخر الزمان يكون أصل ظهوره وخروجه من ناحية المشرق، ويبايع له عند البيت، كما دل على ذلك بعض الأحاديث Maksud hadis, bahwa Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu kehadirannya di akhir zaman, munculnya dari arah timur, dan beliau di baiat di sisi Ka’bah. Sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis. Beliau juga menjelaskan, والمراد بالكنز المذكور في هذا السياق كنز الكعبة، يقتل عنده ليأخذوه ثلاثة من أولاد الخلفاء، حتى يكون آخر الزمان، فيخرج المهدي، ويكون ظهوره من بلاد المشرق، لا من سرداب سامرا، كما يزعم...

AURAT & TUDUNG : SAYA DAH BERTAUBAT TAPI ORANG BUKA AIB SAYA LAGI

Image
Macam Mana ni ustaz, dulu memang saya dalam keadaan jahil tidak tutup aurat sempurna sering berpakaian nauzubillah saya sendiri pun segan nak cakapkan.. Tapi sekarang saya sudah berubah, saya berasa menyesal dan tidak mahu berkelakuan seperti dulu.. saya banyak upload di Medsoc gambar yang tidak tutup aurat dan kesemua sudah saya delete(padam) dan ada yang menyimpan gambar saya lalu menyebarkan,padahal saya sudah hebahkan supaya setiap yang menyimpannya supaya memadamkan.. Fikiran saya buntu adakah saya masih berdosa?  Jawapan: MasyaAllah, moga Allah terima usaha akak yang menginginkan keampunan dan kebaikan dari Allah s.w.t, semoga Allah bimbing kita untuk sama-sama masuk ke pintu syurganya. Ada suatu kisah tentang satu orang yg telah membunuh 99 orang, mungkin ramai yang sudah tahu cerita ini jadi saya ringkaskan diakhir ceritanya taubatnya diterima. Maka dia terpilih untuk jadi ahli syurga.. Bukan senang untuk berubah kerana satu orang yang sudah lama berada didalam lazatnya mak...

KEMANA WAKTU MUDA MU DIHABISKAN?

Image
*Umur 12 tahun,* guna duit mak pak masuk geng basikal.  *Umur 25 tahun,* bila doh kije ada duit sikit masuk geng motor.  *Umur 33 tahun,* ada duit lebih  sikit join geng kereta pulak. *Umur 40 tahun,* dah duit bnyok ekonomi pun stabil sikit join geng motor besar pulak.  *Masuk 55* tahun, trend kembali berbasikal. Nak bagi jantung kuat tak nak tersumbat.dah guna duit KWSP. keje pun dah x larat. *Umur 60* kembali jalan kaki sbb kepala lutut dah tak kuat, skru dah loose.  *Umur 70* masuk geng kerusi roda.masa ni nak guna duit untuk beli ubat dan belanja keperluan Bila Cucu tanya. Atuk Bila Atuk nak join geng masjid? Atuk pun jawab atuk dah x kuat nak jalan cu  Cucu . dulu atok kuat kenapa xpergi ? Dulu atuk sebuk cu Akhir sekali  dapat juga dia ke masjid....cuma orang usung bawa  dia duk depan, imam duk belakang... semoga jadi renungan kita bersama.. Copypaste: Ustaz Mustafa Mat Desa

HURAIAN HUKUM MENANAM DAN MENCABUT POKOK/TANAMAN DI ATAS KUBUR

Image
Mukadimah Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi ﷺ bersabda, ketika berjalan melewati dua kubur yang penghuninya sedang diseksa: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ، وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ Maksudnya: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang diseksa, dan tidaklah keduanya diseksa disebabkan berbuat dosa besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing sedang yang satunya lagi kerana selalu mengadu domba.” Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah daunnya lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian menancapkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Mereka (para sahabat) bertanya: "Kenapa anda melakukan ini?". Baginda menjawab: لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا Maksudnya: “Semoga diringankan (seksaannya) selama batang pohon ini basah” Riwayat al-Bukhari (1361) dan Muslim (292) Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam Fath ...

KEUTAMAAN ORANG YANG MENJADI IMAM SOLAT MENGIKUT TERTIB DAN TURUTAN

Image
Sebelum kita masuk bulan ramadhan anda mesti tahu ini.. Kekadang orang terlepas pandang perkara ini lalu meletakkan yang baru habis hafal Al-Quran namun fiqih tidak tahu. Maka lihat ini tertib keutamaan untuk mengimami orang ramai. 1. WALI(AHLULLAH) YANG ALIM BESAR @ YANG SUDAH LEPAS PENGETAHUAN FARDHUNYA. 2. IMAM RAWATIB @ IMAM YANG SUDAH DILANTIK MASJID LEBIH BERHAK DARI SELAINNYA. 3. QARI( MENGHAFAL A-QURAN/TAJWID SERTA BAGUS BACAANNYA). Keutamaanya kepada yang Warak(yang paling zuhud dan tidak suka kepada perkara yang melalaikan). Jika terhimpun padanya Alim + hafiz + qari yang ni lebih afdol. Jika terhimpun diantara alim sahaja dan hafiz sahaja.. Maka pilih alim dulu baru hafiz.. Kerana si alim itu tahu makna yang dibaca dan tahu perkara sah dan batal solatnya.. 4. PILIH YANG LEBIH LAMA BERHIJRAH DULU.. Paling utama yang sememangnya lahir disitu. 5. PILIH YANG MASUK ISLAM PALING AWAL DAN JUGA BAIK NASABNYA dulu.. jika yang lebih tua maka kehadapankan yang lebih tua daripada yang m...

FAKTA NEGARA MALAYSIA YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Image
  FAKTA INI ADALAH KEMASKINI TAHUN 2020: JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA: 32.7 juta orang - Ke 43 tertinggi di dunia WARGA: Jumlah warganegara: 29.7 juta orang (90.8% Bukan warganegara: 3 juta orang (9.1%) GENDER: Lelaki: 16.8 juta orang (51.3%) Wanita: 15.9 juta orang (48.6%) KAUM: Bumiputra: 22.8 juta orang (70%) - Melayu: 51% - Orang Asal Borneo: 17% - Orang Asli: 1% Cina: 7.4 juta orang (23%) - Hokkien: 10% - Kantonis: 7% - Hakka: 6% India: 2.2 juta orang (7%) - Tamil: 5% - Telugu: 1% - Gujerati: 1% Lain2 bangsa: 327,000 orang (1%) AGAMA: Islam: 61.3% Buddha: 19.8% Kristian: 9.2% Hindu: 6.3% Folk Cina: 1.3% Sikh: 0.3% Lain-lain kepercayaan: 1.7% Atheis: 0.1% UMUR: Bawah 14 tahun: 7.6 juta orang (23.3%) 15 tahun – 64 tahun: 22.8 juta orang (69.7%) 65 tahun keatas: 2.3 juta orang (7.0%) PENDIDIKAN Jumlah murid sekolah berdaftar: 4.9 juta murid Jumlah sekolah: 10,220. Purata murid setiap sekolah: 488 murid Jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia: 31.2 juta LUAS: Keluasan Malaysia: 330,830...

HABBATUS SAUDA PENAWAR YANG ADA DALAM HADIS

Image
ANTARA RESEPI YANG BOLEH DICAMPURKAN DENGAN BIJI HABBATUS SAUDA 1. NASI PUTIH 2. NASI GORENG 3.TELUR DADAR 4. TELUR MATA KERBAU 5. NASI BERIANI 6. MAKAN BEGITU SAJA.  Berikut adalah pandangan daripada pengguna habbatus sauda: first time minum minyak hs tu, sy rasa sakit kat pinggang. tetiba kencing susah mcm berpasir. ada kala keluar darah adalah bertarung dlm 2 minggu. tak larat nak jalan, solat duduk je.  mula2 cuak gak. tapi bila kenangkan hadith "tetaplah kamu..." maka sy teruskan minum. saya rasa seolah² Nabi saw minta kita teruskan, tetapkan pendirian apa nak jadi jadi lah, istiqamah teruskan pemakanan hs tu sambil tu sy pergi jumpa doktor. doktor suruh sy terus makan hs. dia bagi sy ubat tahan sakit. saya terus minum minyak hs. bila kencing tak sakit mcm pesakit batu karang lain, sy rasa ngilu je. rasa air pekat keluar alhamdulillah, akhir nya kencing sy normal kembali tetiba sakit pulak kat pinggang. mungkin batu tu dok buah pinggang sebelum ni. sy teruskan makan hs. ...

KISAH WANITA YANG DIPELIHARA MARUAHNYA OLEH ALLAH

Image
Tentu rata-ratanya dikalangan kita masih ingat peristiwa besar yang terjadi pada Acheh 2004..Gelombang Tsunami tersebut mengakibatkan berpuluh-puluh ribu nyawa terkorban bahkan meranapkan rumah sehingga ramai kehilangan tempat tinggal. Tidak lupa juga beberapa negara turut menerima keadaan daripada tempiasnya seperti malaysia. Sesungguhnya ia peristiwa yang mengalirkan banyak air mata. dan ketika itu juga Allah s.w.t ingin membuktikan kekuasaannya dengan perkara-perkara yang tidak boleh diimbangi oleh akal manusia.. dan daripada peristiwa itu banyak menyedarkan manusia sehingga ada bersyahadah tidak terkira banyaknya.. Sehingga ke hari ini kesannya masih lagi melekat dihati-hati kita. Adapun yang menarik perhatian saya ialah tentang keadaan seorang wanita yang di temui mati sedikit pun auratnya tidak terbuka.. ia ditemui dalam keadaan seperti sedang tidur.. Masih lagi wajahnya yang ditutup dengan purdah tidak terbuka.. Apabila perkara itu disebarkan rata-rata ramai yang mengenalinya da...

KEBERKESANAN RAWATAN BEKAM

Image
Rawatan berbekam merupakan salah satu rawatan yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang terbukti berkesan merawat dan mencegah pelbagai penyakit kronik sama ada zahir atau batin. “Jenis bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik.“Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. “Mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam. Walaupun begitu, tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan Iaitu mereka yang yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, wanita mengandung dan ketika haid, masalah kulit serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan juga kenyang.  Antara Kebaikan Berbekam ialah: Berbekam boleh membantu menghilangkan pening dan migrain, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. S...

ADAKAH ANDA TAHU KHASIAT MINYAK ZAITUN?

Image
Di dalam kitab suci Alquran banyak dijelaskan tentang buah-buahan. Mulai manfaatnya hingga keistimewaan yang belum diketahui manusia. Hampir semua bagian daripada pokok zaitun dapat dimanfaatkan. Buahnya dapat dimakan dan juga boleh dijadikan minyak. Daunnya juga berkhasiat bagi ubat-ubatan, sedangkan dahan dan batang pohonnya bernilai tinggi untuk dijadikan bahan pertukangan. Demikianlah Allah s.w.t bersumpah dengan buah Zaitun dalam Mafhumnya : وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ “Demi buah Tin dan buah Zaitun” (QS. At Tin: 1). Lagi di tempat yang lain, Allah berfirman mafhumnya: "yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebalah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) ..." (An-Nur: 35) Baginda s.a.w juga ada bersabda mafhumnya: كُلوا الزَّيتَ وادَّهِنوا بِهِ فإنَّهُ من شجَرةٍ مبارَكَةٍ “Makanlah Zait...