MENGKAFIRKAN ULAMAK FEKAH TANDA ORANG TERSEBUT SUDAH JAUH DARI ALLAH
Kesemuanya ulamak-ulamak fekah datang sebelum ulamak-ulamak hadis seperti yang kita ketahuinya.. Jadi janganlah dipertikaikan tentang ulamak-ulamak fekah dengan menuduh sama ada mereka tidak berpengetahuan tentang ilmu hadis. Sejujurnya bahawa kisah yang masyhur mengenai imam abu hanifah sendiri sempat bertemu dengan beberapa sahabat.. Jadi apakah kita mahu mempertikaikan bahawa mereka itu tidak layak untuk menyusun hukum-hukum yang sedang kita guna pakai pada masa sekarang ini tanpa rujukan hadis? Jika diperhatikan tempoh masa hidup mereka itu lebih dekat dengan sahabat dan keatasnya, maka jaluran susur-galur mereka itu sememangnya lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w. Sebagaimana mafhum sabdaan Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik kurun adalah kurun aku" dan setelah itu dan setelah itu.. Mengikut periode zaman kemunculan imam-imam empat mazhab tersebut bahawa jangka masa mereka itu adalah masih dekat lagi kerana zaman kemunculan mereka setelah zaman sahabat. Bagi mereka yang bar...